"Orang buat blog, kau pun sibuk nak buat blog. Tak ke mana lah kau. Sekerat jalan je dah menyerah kalah."
Kata-kata dari darkside aku yang cuba aku tepis dari bersarang di hati sanubariku. Tapi ada benarnya kata-kata pedas ni. Orang lain buat blog, aku pun nak jugak. Orang lain carik makan pakai blog, pon aku ikut jugak. Tapi sebenarnya memang tidak boleh kita nafikan. Kadang-kadang kejayaan seseorang itu mempengaruhi aku yang cemburu yang positif dengan kejayaan mereka sebab aku yakin melalui cara yang sama, aku juga boleh jadi macam mereka. Tapi kenapa aku tiba-tiba nak buat blog?
Semuanya gara-gara abang ni, abang ni dan pakcik ni yang mula mengganggu hidupku dengan ideologi mereka yang sememangnya menjanjikan kebahagiaan dan pelangi indah di kemudian hari. Cetusan idea yang dikisahkan kepadaku membuatkanku ngences dek kerana kejutan yang melanda. Kejutan? Ya. Kejutan bahawa orang sepertiku tidak mustahil mampu mengecapi status bebas kewangan seawal 5 tahun pelaburan sepertimana kisah dongeng mereka. Dari ideologi itu lah aku telah mereka cipta beberapa tipu muslihat bagi mendapatkan dana secara halal dalam memulakan pelaburan aku dan setakat ini, aku baru sahaja memulakan bisnes kencang dengan bermodalkan hampir tiada modal.
Kerana itu lah aku menzahirkan semula blog ini. Disamping dapat berkongsi dengan mereka yang terserempak dengan blog ni, aku juga pasti mampu untuk merefreshkan segala ilmu, tektik dan teknik dalam pelaburan yang aku ceburi. Ohh, terlanjur bicara perihal pelaburan dan perniagaan, suka aku nyatakan bahawa aku masih di peringkat belajar umpama bayi yang baru nak meniarap. Jadi otai-otai di luar sana (otai burger skali), bimbinglah aku ke jalan yang benar. Jalan yang benar-benar membawaku ke tahap bebas kewangan agar aku dapat bersara awal dengan GAYAnya.
*ngences - Air liur meleleh (dalam bahasa jawa).
*ngences - Air liur meleleh (dalam bahasa jawa).