As salam dan salam sejahtera. Setelah agak lama aku tak update blog aku ni, akhirnya tercapai jua hajat ku. Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi keranatelah mengizinkan traffik blog ini mencecah 200 pengunjung walaupun baru 2 minggu ia dizahirkan semula. Walaupun satu jumlah yang kecil namun ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan kepada diriku yang beginner dan masih ketandusan ilmu berblogging ni. Buat sementara waktu ini aku tidak menetapkan sebarang target untuk pencapaian jumlah traffik ke blog ini. Mungkin suatu hari nanti aku akan berbuat sedemikian. InsyaAllah.
Berbalik ke topik kali ini, tahun 2013 yang aku lalui bermula dengan nasib yang kurang baik dek kerana beberapa kejadian yang aku rasa ia boleh dielakkan tetapi atas beberapa faktor dan takdir, ia berlaku jua. Kes pertama aku bertegang urat dengan bos kecik aku yang sorang ni. Bukan apa. Atas beberapa kejadian sebelum ni membuatkan aku down bila bekerja dengan dia dan adalah lebih baik kalau aku bercerita setakat ini saja. Kedua smartphone (Samsung Galaxi S Plus) pertama aku tercicir. Kejadian ni berlaku pada 1 Feb 13. Aku menaiki tren KLIA Transit untuk ke LCCT. Masa tu nak pergi bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah. Aku keluarkan smartphone aku ni dan bermain game bersama anak lelaki ku yang aku pangku di dalam tren. Bagaimanapun setibanya di stesen Salak Tinggi, kami pun bergegas keluar sebab nak kejar naik bas yang dah nak jalan masa tu. Bila dah duduk dalam bas baru lah aku tersedar smartphone aku tercicir. Akhirnya bercuti lah kami sekeluarga dalam suasana mood yang tak best.
Kes ketiga ni tangan anak aku terseliuh. Biasa la anak lelaki kan. Mana reti dok senyap. Lompat-lompat atas katil pastu jatuh. Kebetulan tangan kanan landing tak betul. Apa lagi, meraung la budak tu. Bawak pegi HUKM untuk xray, mujur tak patah. Doktor kata terseliuh sikit ja. Kemudian kes aku yang terbaru ni pulak adalah kehilangan kuda merah aku (moto). Kejadian berlaku kat rumah aku di Apartment Lestari, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Pukul 7 pagi aku nak pegi keje tapi moto takda. Konfius jap. Kemudian baru la aku sedar dan mula menerima hakikat yang moto aku tu dah lesap di bagi Jumaat yang mulia baru-baru ni. Patah kaki la jawabnya. Akibatnya, seharian tu aku cuti dan terus bawak kereta aku ke bengkel di Serdang untuk pasang alarm dan tukar semua sistem kunci. Kenapa? Sebab dalam moto aku yang hilang tu ada kunci spare kete aku. Sebelum kete aku pun lesap, baik aku berjaga-jaga.
Itu lah kisahnya hidup aku di permulaan tahun 2013 yang mana untuk pertama kalinya umur aku pun turut menjejak dekad yang ketiga. Untuk makluman kuda aku tu namanya WWG 6874. Kulitnya merah kehitaman. Dia ni keturunan Yamaha Lagenda 115Z. No ic (casis) PMYKE1420B0043080. Jadi kepada sesiapa yang terjumpa kuda kesayangan aku ni boleh la berhubung terus dengan aku di talian 019-3130742 atau limatango0742@gmail.com atau facebook.com/firdauz.ibrahim. Hadiah misteri menanti mereka yang memberikan maklumat hingga menemukan semula kuda kesayangan ku itu. Ha ha...
Adios
No comments:
Post a Comment