Motivasi Diri...

Di dalam perniagaan, abaikan langau. Langau tidak akan boleh terbang seperti burung. Apa yang langau tahu hanyalah membuat bising. 

Oleh itu teruskan usaha kita. Usah pedulikan mereka yang melemahkan usaha kita. Harus diingat, susah senang kita yang tanggung, bukannya mereka datang nak tolong. Hanya pada Allah tempat kita bergantung. In Sha Allah.

Pertaruhanku...


10 Orang Terkaya Di Malaysia 2013...

Pada 16 Februari 2013 yang lalu, pihak BERNAMA telah mengeluarkan senarai penuh 20 orang yang terkaya di Malaysia untuk tahun 2013. Tidak banyak yang berubah berbanding senarai tahun lalu, hanya 2 tempat sahaja bertukar kedudukan.
bukit bintang
Jumlah aset terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia juga meningkat sebanyak 0.86% iaitu daripada RM193.2 bilion tahun 2012 kepada RM194.86 bilion pada tahun ini. Pada tahun ini jumlah bilionaire di Malaysia adalah seramai 31 orang dan dalam senarai 40 individu terkaya, 23 daripadanya mencatatkan kenaikan aset berbanding tahun lepas.
Ingin tahu siapakah dalam senarai 10 terkaya di Malaysia? Berikut kami paparkan siapakah yang menerajui carta terunggul ini berserta profil ringkas mereka.

#1. Robert Kuok Hock Nien

robert-kuok
  • Dilahirkan pada 6 Oktober 1923 di Johor Bahru.
  • Merupakan pemilik syarikat Kerry Group/Kuok Group.
  • Mencatatkan peningkatan aset sebanyak 0.88% berbanding tahun lepas.
  • Jumlah aset terkini : RM46.1 Bilion

#2. T. Ananda Krishnan

ananda-krishnan
  • Dilahirkan pada tahun 1938 di Brickfields, Kuala Lumpur.
  • Merupakan Pengerusi & CEO Usaha Tegas Group Holdings Bhd.
  • Mencatatkan penurunan aset terbesar iaitu sebanyak 23.5% berbanding tahun lepas.
  • Jumlah aset terkini : RM32.90 Bilion

#3. Tan Sri Teh Hong Piow

TEH
  • Dilahirkan di Singapura pada 14 Mac 1930.
  • Merupakan Pengerusi Public Bank Berhad.
  • Mencatatkan peningkatan aset sebanyak 8.62% berbanding tahun lepas.
  • Jumlah aset terkini: RM13.73 Bilion

#4. Tan Sri Quek Leng Chan

quek-leng-chan
  • Dilahirkan pada tahun 1941 di Singapura.
  • Merupakan Pengerusi Hong Leong Group.
  • Mencatatkan peningkatan aset terbesar sebanyak 38.63% berbanding tahun lepas.
  • Naik 2 anak tangga berbanding tahun 2012.
  • Jumlah aset terkini: RM11.09 Bilion

#5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

SYED
  • Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1952.
  • Merupakan pengasas Al-Bukhary Foundation
  • Mencatatkan peningkatan aset sebanyak 11.23% berbanding tahun lepas.
  • Jumlah aset terkini: RM10.60 Bilion

#6. Tan Sri Lee Shin Cheng

LEE
  • Dilahirkan pada tahun 1929 dan membesar Kuala Lumpur.
  • Merupakan Pengerusi Eksekutif IOI Group.
  • Mencatatkan penurunan aset sebanyak 7.04% berbanding tahun lepas.
  • Turun 2 anak tangga berbanding tahun 2012.
  • Jumlah aset terkini: RM10.56 Bilion

#7. Tan Sri Lim Kok Thay

9163
  • Dilahirkan pada tahun 1951, merupakan anak kedua mediang Tan Sri Lim Goh Tong.
  • Merupakan Pengerusi Genting Group.
  • Mencatatkan kenaikan aset sebanyak 7.12% berbanding tahun lepas.
  • Jumlah aset terkini: RM8.12 Bilion

#8. Puan Sri Lee Kim Hua

lee-kim-hua
  • Dilahirkan pada tahun 1918 di China , merupakan balu kepada mediang Tan Sri Lim Goh Tong.
  • Merupakan pemilik Genting Group.
  • Mencatatkan kenaikan aset sebanyak 10.03% berbanding tahun lepas.
  • Jumlah aset terkini: RM7.24 Bilion

#9. Tan Sri Tiong Hiew King

tiong-hiew-king
  • Dilahirkan pada tahun 1935 di Sibu, Sarawak.
  • Merupakan Pengerusi Eksekutif Rimbunan Hijau Group.
  • Mencatatkan penurunan aset sebanyak 0.94% berbanding tahun lepas.
  • Jumlah aset terkini: RM6.35 Bilion

#10. Ong Beng Seng

ONG
  • Dilahirkan di Sabah pada tahun 1944.
  • Merupakan Pengasas Bersama & Pengarah Urusan Hotel Properties Ltd.
  • Mencatatkan penurunan aset sebanyak 18.29% berbanding tahun lepas.
  • Jumlah aset terkini: RM4.02 Bilion

Kebangkitan Usahawan Melayu

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary masih lagi merupakan satu-satunya usahawan Melayu yang mampu menempatkan diri dalam senarai 10 terkaya di Malaysia ini. Walaupun begitu, 4 orang usahawan Melayu ini turut berjaya mencatatkan nama mereka dalam senarai 20 terkaya di Malaysia.
  • Tan Sri Azman Hashim -Arab Malaysian Corp – RM3.84 Billion (Tempat ke-11)
  • Datuk Mokhzani Mahathir – Sapura Kenchana – RM2.67 Billion (Tempat ke-13)
  • Datuk Shahril Shamsuddin – Sapura Group – RM1.64 Billion (Tempat ke-19)
  • Datuk Shahriman Shamsuddin – Sapura Group – RM1.64 Billion (Tempat ke-20)
Menurut BERNAMA lagi, menjelang 2015 nanti, jumlah individu terkaya akan bertambah lebih sekali ganda dari 32,000 orang kepada 68,000 orang. Jumlah nilai bersih masing-masing juga dijangka meningkat sebanyak RM434 bilion sehingga RM 1.023 Trilion pada tahun 2015 nanti.

Source: KAT SINI

Anda Mencari Web Designer...?

Soalan di atas ini aku rasa tidak perlu ditanya sebab kalau korang cari sahaja di Google, berlambak laman web-laman web yang menawarkan servis design minisite, ecover dan lain-lain.

Cuma aku nak kongsikan sesuatu kepada korang tentang satu laman web penyedia perkhidmatan design yang aku rasa cair gila bila tengok portfolio dia yang dikenali sebagai VirtualNiaga.

VirtualNiaga, yang sudah berpengalaman 5 tahun dalam bidang design ini, kini sedang menawarkan diskaun 10% - 20% terhadap mana-mana pakej yang mereka tawarkan kepada orang ramai.

Yang menariknya, diskaun ini sentiasa ada sehingga KINI.

Menurut CEO VirtualNiaga saudara Mazlie Nadzri, diskaun ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada orang ramai mendapatkan servis mereka dengan hati yang terbuka berpandukan kepada slogan "Kepantasan Design, Keutamaan Kami".

"Ini satu peluang yang tidak harus dilepaskan oleh orang ramai", kata Mazlie Nadzri.

VirtualNiaga menawarkan pakej-pakej yang menarik dari serendah RM30.oo ja. 

YA, RM30.00 ja

Korang boleh tengok contoh design dan portfolio yang pernah dihasilkan. Memang meleTOP giler. Testimoni? 80% customer kata SUPERB.

Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut, boleh klik kat SINI ja.

Ikhlas,

Firdauz Ibrahim

p/s: Ada komisyen tak? Hehe



Sudahkah aku bersedia...?

Sebuah perkongsian dari Dr. Shah Razali.

Apabila menyentuh soal kewangan, ramai yang tidak sanggup untuk memasuki tempoh tertentu untuk "berpuasa".


Berpuasa yang saya maksudkan disini adalah menahan diri dari perbelanjaan mewah, perbelanjaan yang tidak ada kepentingan, dan mengenepikan kehendak untuk sesuatu tempoh yang tertentu.

Disebabkan ketiadaan semangat atau kesanggupan untuk berkorban ini ramai yang terpaksa bekerja bertahun-tahun semata-mata untuk membayar hutang.

Hutang yang keliling pinggang juga menjadi penyebab utama kenapa prestasi kerja seseorang itu merudum. Masakan tidak, setiap bulan dapat gaji semuanya digunakan untuk membayar hutang.

Ini menjadikan hidup seseorang itu lebih stress dan membawa kepada tindakan-tindakan yang tidak rasional seperti yang sering kita dengar dan baca di media massa.

Ramai yang ingin merubah situasi tersebut. Namun ramai diantara mereka memilih untuk perubahan yang drastik. Tidak mahu bekorban masa dan tenaga. Mereka memilih untuk menyertai skim-skim cepat kaya yang kononnya boleh memberikan kehidupan yang lebih baik buat mereka.

Ini adalah faktor kenapa saya sering katakan ilmu duit itu sangat penting. Kegagalan memahami ilmu duit akan menyebabkan hidup kita tidak tentu arah.

Amal ibadat tidak dapat dilakukan secara sempurna dek kerisauan yang melampau, rumahtangga sudah tidak lagi harmoni dan kerengangan wujud didalam keluarga.

Adakah aku telah bersedia...??

Bagaimana Membeli Rumah Tanpa Modal...?

As salam & salam sejahtera. Aku pasti ramai di antara korang yang pernah dengar tentang pembelian rumah tanpa mengeluarkan wang pendahuluan kan. Sebenarnya aku sendiri pun belum pernah mengaplikasikan teknik ni (tapi pernah hampir sekali nak terjadi). So untuk artikel kali ini, aku kongsikan dengan korang teknik pembelian hartanah tanpa modal ni daripada Saudari Rohaniah Noor, seorang pelabur hartanah wanita yang sedang meningkat naik dengan lajunya di Malaysia. 

Beliau berkongsikan teknik ini berdasarkan ilmu dan pengalaman beliau sendiri. Kalau korang nak cedok tips-tips dari minah ni, adalah lebih senang kalau korang terus ke BLOG DIA sendiri. Lagi puas hati. So, jom kita baca sma-sama...

*********************************************************************************

Sebenarnya untuk menulis dan menerangkan dengan terperinci bagaimana caranya, ia memerlukan satu buku setebal paling kurang 50 muka surat. Namun saya akan meringkaskannya supaya dijadikan panduan asas.

Bagaimana nak membeli hartanah dengan No Money Down?

Apa itu No Money Down sebenarnya? Saya tidak tahu definisi buku atau definisi pakar lain tetapi bagi saya membeli hartanah secara No Money Down adalah apabila anda  dapat membeli hartanah tanpa modal iaitu wang desposit. Bukan sahaja tanpa modal, silap-silap anda boleh mendapat wang tunai pulak dari pembelian tersebut.

Betul ke tak ada modal?
Boleh beli dengan tanpa duit langsung ke?
jawapan saya, bolehh. Dah terbukti ramai yang berjaya beli tanpa keluar duit pun.

Tapi ada juga yang keluarkan sementara je modal tu, kemudian dapat balik.
Contoh, keluarkan sementara 10K untuk deposit dan bayaran peguam, nanti bila dapat kunci rumah, kita dapat semula 18K.
Tolak dengan deposit dan bayaran peguam tu, maknanya dapat pulak lebihan 8k masuk dalam akaun bank.

ni saya bagi contoh 8k. ada orang lain boleh dapat 20k pun..
Tak ke meriah?
Pelaburan Hartanah memang menguntungkan

Ok, bagaimana caranya tu, wahai sang penulis blog?

Langkah-langkah ringkasnya begini, wahai kawan2 pembaca blog

1) Target kawasan yang anda ingin beli. Ini dinamakan mencari lombong.

2) Tetapkan pula bajet harga rumah berapa yang anda ingin beli. Kemudian mula lah melombong dengan mencari rumah yang berada sekurang-kurangnya
- 10% di bawah harga pasaran, jika anda hanya ingin beli tanpa modal
- 20% di bawah harga pasaran, jika anda ingin beli tanpa modal dan dapat lebihan wang tunai
- 30% di bawah harga pasaran, jika anda ingin beli tanpa modal tetapi dah pun mempunyai 2 buah rumah yang masih ada pinjaman.

Kalau tanya saya mana yg terbaik, sudah pastilah 20% di bawah harga pasaran jika anda belum pun mempunyai 2 buah rumah. Sebab dah la dikira tak perlu keluar modal, siap dapat lebihan tunai lagi.

Macamana nak tahu hartanah tu di bawah harga pasaran?
Ada 3 cara asas yg boleh digunakan

a) Perhatikan semua iklan rumah untuk dijual bagi rumah yang kita target tu. kalau purata jual 120K, tiba-tiba anda jumpa iklan jual 100K, anda tahu, penjual tu jual murah dan mungkin di bawah harga pasaran.
kena lah buat research dan ikuti iklan-iklan atau melawat kawasan tersebut mana tau ada signboard FOR SALE ya.

b) Tanya ejen hartanah yang mahir dan biasa di kawasan tersebut, ada tak rumah target anda yang nak dijual dengan harga yang lebih murah dari harga penilaian bank. Jika anda, minta dia menelefon anda dahulu.

c) Jika dah jumpa sama ada melalui cara pertama atau kedua, minta alamat penuh dan butiran rumah tersebut dari ejen atau penjual. Kemudian hubungi pegawai bank untuk tanya berapakah nilai pasaran maksima rumah tersebut.

3) Bila dah jumpa rumah yang di bawah harga  ni, bayar booking 2% dan minta kebenaran penjual untuk kita gunakan harga penialain bank di dalam s&p.  Jika perlu, cubalah berunding juga untuk mendapatkan sedikit diskaun. Katakan kita berjaya dapat harga jualan 96k

4) bila penjual dan bersetuju, dapatkan pinjaman atas harga penilaian bank tadi. contoh: 90% dari 120K = 108K

5) Tandatangan s&p atas atas harga penilaian (120K). Tandatangan juga perjanjian tambahan mengatakan harga jualan sebenar rumah adalah harga 96k. Bayar baki 8% deposit kepada penjual, kecuali penjual bersetuju untuk tidak perlu membayar baki ini.

6) Tandatangan perjanjian pinjaman rumah dan biarkan peguam menguruskan urusan tukar nama, disbursement dan sebagainya.

7) Bank kita disburse duit ke bank penjual bagi baki pinjaman penjual, jika ada. Katakan baki pinjaman beliau 50K, maka bank kita akan bayar ke bank penjual sebanyak 50K.

8) Bank kita keluarkan cek kepada peguam kita untuk baki harga jualan di atas s&p tadi selepas ditolak bayaran kepada bank penjual dari jumlah pinjaman. Dalam kes ini, cek yanag akan dikeluarkan adalah  adalah 108k - 50k.= 58K.
Baki sebenar atas harga jualan akan dibayar kepada penjual iaitu 96k - 50k (pinjaman) = 46K
Kita kemudiannya akan memperoleh baki selebihnya iaitu 58K - 46K = 12K
Wang 12K ini boleh lah digunakan untuk membayar hutang, membuat pengubahsuaian atau untuk membeli rumah seterusnya pula.


Ini hanya penduan ringkas.
Sebenarnya ada banyak teknik yang saya tidak dapat tulis secara umum di sini.
Anda kenalah hadir ke seminar anjuran kami untuk saya kongsikan tekniknya nanti :)
*********************************************************************************

Dah terer kan? Cubalah. In sya Allah mujarab.

Hijrah Menjadi Usahawan...

As salam & salam sejahtera. Pagi ni aku amik masa sikit untuk berkongsi dengan korang tentang buku hijrah menjadi usahawan, karangan Saudara Wahi bin Abd Rashid. Sebelum ni pun aku pernah bercerita perihal mamat ni dengan karya terdahulunya, Rahsia Senang Mendapat Pinjaman. Kepada korang yang tak baca lagi, boleh klik KAT SINI
Artikel yang aku sediakan untuk korang ni dipetik dari blog seorang usahawan internet dan pengurusan kewangan iaitu Saudara Pakdi. Boleh dikatakan selalu jugak aku bukak blog dia dan menimba macam-macam ilmu. Tidak terhad kepada perniagaan sahaja malah macam-macam. Kalau nak tulis memang banyak. Kalau korang nak tau tentang Pakdi ni apa kata korang bukak sendiri blog dia. Mungkin korang akan faham apa maksud aku. Hehe
**********************************************************************************************************************************
Hijrah Menjadi Usahawan
Buku Hijrah Menjadi Usahawan
Sebuah lagi buku hasil tulisan tauke kereta sewa, Wahi Abd Rashid yang sebelum ini menulis buku bertajuk, Rahsia Senang Mendapat Pinjaman.
Buku ini membincangkan realiti kehidupan ‘pagi kerja balik petang, dapat gaji habis bayar hutang’ yang menghimpit kebanyakan golongan pekerja masa kini. Ditambah lagi dengan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat, semakin ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi usahawan untuk keluar daripada kemelut tidak cukup gaji. Ramai yang berjaya, tetapi lebih ramai yang gagal separuh jalan. Dianggarkan 9/10 usahawan yang memulakan perniagaan ‘bungkus’ selepas 3 tahun memulakan perniagaan.
Ya, sememangnya tujuan utama buku ini ditulis adalah untuk memberi inspirasi kepada golongan bekerja yang bercita-cita mahu berhijrah menjadi usahawan. Penulis sendiri merupakan bekas tutor di sebuah universiti tempatan yang akhirnya berhijrah menjadi usahawan sepenuh masa dengan menjalankan perniagaan kereta sewa di Bintulu Sarawak. Melalui syarikatnya, Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd, beliau mengembangkan lagi perniagaannya ke Sabah dan juga ke Semenanjung Malaysia.
Buku ini juga merakamkan saat suka duka penulis ketika mula-mula menjalankan perniagaan ini. Daripada tidak cukup duit setiap bulan menjadi usahawan yang mempunyai 60 buah kereta sewa (ketika buku ini ditulis).

Perjalanan Keusahawanan Wahi Abdul Rashid

  1. Bisnes pertama beliau ketika zaman kanak-kanak adalah menjual shuriken. Ambil tudung tin dan ketuk menjadi leper. Bahaya dan kemudiannya ditutup. Mungkin masa itu animasi Naruto belum ada :) He he he
  2. Bekerja dengan abangnya di syarikat kereta sewa selepas tamat belajar di universiti.
  3. Bermula dengan hanya 2 buah biji kereta Perodua Kancil 660
  4. Perniagaan yang dijalankan mendapat sambutan yang amat menggalakan. Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk tinggal di luar kampus selepas perniagaan rancak berjalan.
  5. Nama syarikat beliau ialah Green Matrix Enterprise dipilih kerana beliau suka kepada warna hijau dan meminati filem The Matrix lakonan Keenu Reeves
  6. Akibat bisnes yang makin huru-hara, beliau mengambil masa satu jam untuk ke kedai yang sebelum ini hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja. Sebabnya? Terpaksa berhenti beberapa kali di tepi jalan akibat ramainya pelanggan telefon untuk menyewa kereta daripada beliau :)
  7. Membuat sendiri website beliau dengan hanya belajar melalui buku dan Youtube
  8. Pada Januari 2011, beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai tutor dan memberikan sepenuh perhatian kepada perniagaan kereta sewa yang sedang dijalankan. Ketika itu syarikat beliau telah memiliki 40 buah kereta sewa.
  9. Salah satu perniagaan beliau, iaitu mengusahakan ladang kelapa sawit mengalami kerugian yang teruk dan akhirnya berkubur begitu sahaja.
  10. Antara bisnes lain yang dijalankan adalah bisnes homestay, pembinaan ,kebun sayur dan lain-lain.

6 Nasihat dari Penulis

  1. Berniagalah apa yang saudara minat dan mahir
  2. Pinjaman hanya untuk kembangkan bisnes dan bukan untuk memulakan bisnes.
  3. Sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Peluang bisnes wujud sekiranya kita sendiri tidak berpuas hati dengan sesuatu perkhidmatan dan kita rasakan kita boleh buatlebih baik daripada itu.
  4. Mulakan bisnes dengan modal yang rendah, bawah RM5,000 dan bisnes yang cepat dapat pulangan balik.
  5. Setiap usahawan perlu mencari x-factor di dalam bisnes mereka, iaitu ciri yang dapat membezakan perniagaan kita dengan orang lain.
  6. 3 ilmu yang perlu dipelajari iaitu ilmu pengurusan kewangan peribadi,ilmu pengurusan perniagaan,dan ilmu kemahiran teknologi maklumat.
Buku buku ini diolah dengan gaya bahasa yang santai, seolah-olah penulis sedang berborak dengan kita. Selain dari kisah beliau, banyak kisah individu lain yang juga diceritakan di dalam buku ini. Ada yang berjaya dengan perniagaan yang dijalankan dan ada juga yang masih menanggung hutang kad kredit walaupun sudah pencen
**********************************************************************************************************************************
So kalau korang berminat nak dapatkan buku ni, boleh lah KLIK KAT SINI. Harga? Dijamin sangat murah jika nak dibandingkan dengan ilmu yang bakal dikongsikan dalam buku tu.

Adios

Wabak-wabak pelik "Pelabur Hartanah Jutawan"...

Tau tak korang , setiap pelabur hartanah memiliki sejenis penyakit/wabak yang hampir sama setelah mereka menjerumuskan diri ke dalam dunia pelaburah hartanah. Adakalanya wabak ini sangat serius dan kadang-kadang tu terkawal jugak la. Sejujurnya bini aku pun dah mula menyampah dengan perangai pelik aku yang semakin menjadi-jadi ni. Hakikatnya aku belum lagi start pelaburan ni tapi wabak tu dah mula meresap dalam diri. Haduyaii..

Di bawah ni adalah perkongsian dari Dr Shah Razali atau lebih dikenali dengan nickname DSR, seorang perunding kekayaan dan juga pelabur hartanah #1 di Malaysia. So, apa wabak-wabak tu?

DSR menghiasi wajah Majalah Niaga
1. Masalah sebagai peluang.

... Jika mereka baru bermula untuk melabur dan menghadapi masalah duit, mereka akan berusaha untuk mencari jalan keluar dengan memperlbagaikan sumber pendapatan.Tak kira susah atau senang, asalkan matlamat mereka untuk membeli satu aset pelaburan tercapai.

2. Obses melihat persekitaran.

... Apa sahaja yang berlaku pada keadaan sekeliling, pelabur hartanah akan mengambil kesempatan dengan menghidu. Bukan hidu bau tanah tetapi menghidu peluang-peluang keemasan yang boleh dicedok daripada kawasan tertentu.

3. Berjemaah.

... Work as team, not individual. Pelabur hartanah membunuh ego dan meningkatkan kualiti dirinya menerusi jemaah, yakni memilih rakan-rakan yang turut obses dengan dunia pelaburan hartanah.

Alahai

Kenapa Perlu Hadir...?

As salam & salam sejahtera. Sebelum ni aku ada post tentang tawaran penyertaan seminar hartanah WTF oleh Saudara Faizul Ridzuan dan beberapa dewa hartanah di Malaysia yang lain. Kalau korang belum baca rajin-rajin lah klik kat SINI. So, apa kene-mengena dengan post aku kali ni?

Seminar 7 Hari WTF Sarjana Hartanah
Hari ni aku nak bagitau korang beberapa sebab kenapa korang perlu hadir untuk seminar ni yang mana memang korang takkan dapat kat tempat lain. Korang kene hadir seminar ni sebab:

1.   Bagaimana untuk teruskan mendapat loan 90% untuk pembelian seterusnya meskipun korang ada lebih dari 2 hatranah?

2.   Bagaimana nak mengenal pasti hartanah yang boleh memberikan 10% rental yield dan keuntungan minimum 30% dalam masa 3 tahun?

3.   Bagaimana korang boleh gunakan hartanah untuk mendapatkan kereta percuma?

4.   Bagaimana korang boleh menggunakan hartanah untuk menjana pendapatan bila bersara sehingga RM20,000.00 sebulan?

5.   Bagaimana korang boleh menggunakan hartanah untuk membina dana pendidikan untuk anak korang yang mungkin memerlukan RM 1 JUTA untuk masuk ke Havard atau Stanford university menggunakan modal yang minimum?

6.   Bagaimana korang boleh membuat research mengenai hartanah menggunakan hanya 1-2 jam sedangkan orang lain perlu gunakan beberapa hari untuk mendapatkan result yang sama?

7.   Bagaimana untuk memastikan yang loan korang dengan senangnya akan diluluskan oleh pihak bank?

8.   Bagaimana korang boleh mendapatkan penjimatan dalam mengurangkan harga fee SPA dan Loan Agreement korang nanti?

9.   Bagaimana nak memastikan yang rumah korang ni tak akan putus-putus permintaan penyewa?

10.   Interview/wawancara dengan beberapa pelabur-pelabur yang sudah membeli lebih dari 100 hartanah. 

So secara panjang lebarnya aku dah ceritakan kat korang di sini. Kalau korang rasa-rasa nak join seminar yang sememangnya murah ni, korang boleh la klik kat SINI. Takpun tekan je banner kaler purple yang dok berkelip-kelip sebelah kanan blog ni. Kalau korang nak daftar dengan aku pun ok. Ada diskaun 30% nanti. 

Adios

Rezeki Dari Langit.. Syukur..

As salam & salam sejahtera. Sebenarnya aku rasa bersyukur atas 3 sebab yang berlaku pada hari ni.

1. Aku berpuasa. Disamping aku beramal untuk diri sendiri, aku juga boleh menemani isteri yang disayangi sebab dia puasa ganti. Romantik tak? (Bukan niat aku nak menunjuk-nunjuk berbuat baik eh. Please jangan salah anggap). 
2. Hari ni tak semena-mena dapat duit terpijak. Tidak la sebesar mana tapi 3 angka jugak la. Kisahnya, baru-baru ni aku ada membantu kawan aku ni kutip hutang. Ye la. Member aku ni buat bisnes kereta sewa. Kalau korang ingat aku pernah post pasal bisnes dia kat SINI. Yang customer sorang ni pulak pakai sampai 3 bulan pastu taknak pulangkan. So kebetulan tempat keje aku berdekatan dengan mamat tu, so secara tak langsung aku terbantu member aku ni bawak mamat tu jumpa member aku. So sebagai tanda terima kasih member aku ni pun bagi la saguhati sket kat aku. Ok jugak kan. Sangat membantu dikala sesak ni.

Statistik audience dalam blog aku
3. Apa yang korang perasan dengan gambar kat atas ni. Ini adalah Statistik Audience blog ni. Apa yang menggembirakan aku ialah trafik blog ni meningkat sebanyak 34 kepada 411 pengunjung dalam masa 5 jam. Mungkin tak dahsyat sangat tapi bagi newbie macam aku ni, wwoowwwww... Yang paling best tu ada jugak audience dari US, Labenon dan Qatar (abang aku le tu). Biasa la, blogspot kan. Kebarangkalian untuk terbuka blog lain tinggi sebab kat atas tu dia ada tulis NEXT BLOG..

Itulah 3 perkara yang buat aku hepi hari ni. Tau sebab apa? Sebab aku pun tak tau nak tulis apa dalam post ni. Hahaha. Ehmm masuk keje balik kol 1430 nanti. Sempat tido kejap kot. Huhu..

Krohhh.. Krroohhhh.. Krroohhhhhhhhhh... zzzzzzzzzzzzzzz...


RAHSIA Untuk Meningkatkan Pendapatan di Mata pihak Bank

Post kali ni aku share real case study daripada seorang kenalan aku di Puchong, Selangor. Beliau telah melakukan beberapa trick untuk meningkatkan pendapatan bagi mendapatkan kelulusan pinjaman bank dengan mudah dan pantas. Untuk maklumat korang artikel di bawah ni aku petik kat blog mamat ni la. Kalau korang nak tengok blog dia, boleh KLIK SINIJom kita baca perkongsian dari mamat ni.

************************************************************************************************************

Benda ni aku applied pada aku dan wife aku. Tak malu, tak segan, untuk aku dedahkan financial aku sekeluarga bagi tatapan umum demi untuk memberi sedikit ilmu yang mana aku rasakan berguna untuk semua. Bukan niat aku untuk menunjuk-nunjuk dengan apa yang aku ada. Aku tahu ramai lagi orang yang hebat dan lagi kaya dan berjaya kat luar sana. Tapi tak guna jugak jika tak nak share ilmu dengan orang. Intro jer dah kena basuh ni.. hahah..

Macam mana isteri aku yang bergaji sekitar RM1700 boleh membeli:

1) Apartment T RM132k.
    Installment RM600.  (aku round up jumlah utk senang kira)

2) Apartment PP RM113k.
     Installment RM550.  (aku round up jumlah utk senang kira)

3) Kereta RM52k.
    Installment RM450.

4) ASB loan RM100k.
    Installment RM600. (aku round up jumlah utk senang kira)

Cuba kita kira berapa installment bulanan yang harus di tanggung oleh isteri aku. 

600 + 550 + 450 + 600 = RM2200.

Gaji kasar RM1700 dan total komitmen RM2200.. Biar betul. Aku pon tak perasan. ingat kan tak sampai rm2k.

Korang nak tahu tak aku buat camner? Ke korang dah tahu? Takper la, aku citer jugak. Mungkin jalan yang aku guna tak sama dengan ko. Dan diharapkan jika jalan nya tak sama, tolong share jalan mana yang anda gunakan.

Berbalik kepada topik asal. Seperti kebanyakan pekerja gomen yang lain, wife aku ada jugak PL berjumlah RM12k. Aku kumpulkan cash dengan berbagai cara dan akhirnya aku dapat menutup PL tu, 2 tahun lps rsnya. Dengan tertutupnya PL itu, maka tiada sebarang komitmen yang ada pada diri bini aku. Tiada hutang kereta, tiada rumah dan tiada juga Card credit. Tenang dan tenteram tanpa hutang.. Hehe..

Disebabkan terlalu tenteram, maka aku mengambil keputusan utk keluar dari zon tenteram ni. Omputih cakap out of comfort zone. Nak kena ada hutang jugak br best. Maka bermulah kisah utk menambah hutang. Cerita nya bermula dari sini.

Apartment T beharga RM132k. Unit ni aku tinggal sendri, tak buat sewa. Aku beli unit ni menggunakan nama wife aku. Owner tak bagi mark up SnP, Aku bayar 10% dan selebihnya menggunakan pinjaman bank. Installment rm600.

Yang syoknya pasal Apt T ni adalah, jarak di antara tempat kerja bini aku dgn Apt T ni hanyalah sekangkang kera, less than 200 mtr. Kalau bawak motor, belum sempat masuk gear 3 dah smp. Kat sini aku dah jimat dari segi kos pengangkutan utk ke pejabat. Tidak perlu kenderaan, secara otomatik tidak perlu menanggung kos installment bank, maintenance dan insurans kete, minyak dan tol.

Sebelum ke kisah seterusnya, kita kira DSR terkini dulu. Gaji rm1.7k, hutang dah rm600. tinggal lagi rm1100. DSR jadi 35%.

Camner aku kira DSR?
DSR = (komitmen / pendapatan) x 100%

Apa itu DSR? Debt Service Ratio. Korang tanyalah pakcik Google kalo korang nak tahu lebih details.

Hah, ni dah smp bab yang PENTING, dah sampai ke topik RAHSIAnya. So, trick dia aku wat camni. Walaupon rumah ni aku duduk sendri dan tidak disewakan bilik atau mana-mana bahagian rumah ni kepada orang lain, tetapi aku buat satu tenancy agreement maya. Kenapa aku panggil sebagai TA maya? sebabnya nama penyewa dan details dalam aggreement tu adalah maya, maya semata-mata.

Nama penyewa dalam TA maya tu aku main petik jer, aku buh jer nama sesapa. Tapi untuk unit ni, aku buh spesel skit.. Aku buh nama company sebagai penyewa aku. Dan jumlah sewa nya adalah RM1500 sebulan. Untuk menjadikan ianya lebih real, aku siap stamping lagi, matikan setem. Dan untuk menjadikan ianya lebih real lagi, setiap bulan aku lalu kan duit rm1500 dalam akaun bini aku. Aku anggap korang dah paham maksud lalu kan duit itu.

Sekarang cuba kira balik DSR yang terbaru:
Income  = Gaji rm1700 + sewa rumah rm1500
             = rm2200.

komitmen = rm600 (Apt T)

DSR = 600/2200
         = 27%.

DSR dari 35% turun kepada 27%.

Macam mana DSR boleh menurun dgn adanya pertambahan hutang? Sepatutnya DSR dan pertambahan hutang adalah selari. Jika tambah hutang, maka DSR akan naik. Lagi tinggi DSR, lagi susah utk dptkan hutang.
Ini disebabkan oleh adanya pertambahan pendapatan. Pertambahan pendapatan yang dimaksudkan adalah pendapatan sewa rumah.

Next aku belikan satu rumah flat P melalui auction. Unit ni aku bayar cash dan unit ni gunakan nama wife aku jugak. Unit ni aku sewakan pada kadar rm330 shj. Satu TA maya aku buat lagi, sewanya aku letak rm1000 shj. Dan seperti biasa, aku lalu kan rm1000 setiap bulan dalam akaun bini aku.

Jom kira DSR yang baru.

Income dah jadi rm3200. Manakala komitmen still lagi rm600 sebab rumah flat P aku bayar cash.
DSR= 600/3200 = 19%.

Sekarang korang dah nampak tak apa gunanya TA maya? dan kenapa aku gunakan TA maya pada flat P sedangkan flat P tu memang ada penyewa dan TA yang betul...

Apartment PP1 plak, aku beli dan gunakan nama wife aku, rm90k. Berjaya markup SnP kepada harga 113k shj walaupon mv boleh pergi ke rm130k. Owner gayat nak bagi markup byk2. Tak kisah la. Dapat la cash back beberapa ribu. Installment rm550.

Bank dengan hati yang riang ria jer luluskan loan wife aku ni. Mana tak nya, DSR hny 19%. Rumah ni disewakan pada kadar baru iaitu RM750.

Seperti biasa, TA maya sekali lagi aku prepare, sewa maya nya adalah rm1500 shj. Dan seperti biasa, aku lalu kan rm1500 setiap bulan dalam akaun bini aku.

Jom kira latest DSR.

Income dah jadi rm4700. Manakala komitmen still lagi rm600 + rm550 = rm1150.
DSR= 1150/4700 = 23%.

Seterusnya aku beli kereta plak. Harga rm52k, byr downpayment rm15k kot. Installment rm450. Mulanya tak nak bayar downpayment pon. Tapi bank ni tak pandang sgt yang side income tu. Aku rasa ni officer yang baru atau kena officer yang tak leh kawtim. Disebabkan di kelaskan sebagai high komitmen, terpaksa la letak downpayment rm15k.

Yang kete ni aku belum lagi buat TA maya. Pada aku boleh jer buat. Soal bank nak ambil kira sebagai pendapatan sampingan atau tak, itu soal lain. Kita kena buat apa yang kita mampu dulu.

Last, aku buat LASB, rm100k. installment rm600. Lulus bersyarat disebabkan high komitmen. Syaratnya aku kena letak 3bulan advance payment dlm akaun. Tak jadi hal. Asalkan lulus pon dah cukup baik. Hehe..

Jadi, semua income maya dan komitmen wife aku adalah:

Income maya = gaji kasar rm1.7k + TA maya Apt T rm1.5k + TA maya Flat P rm1k + TA maya Apt PP rm1.5k  = rm5.7k

Komitmen = Apt T rm600 + Apt PP rm550 + kereta rm450 + LASB rm600 = rm2.2k.

Hah, sekarang korang dah nampak tak jalan yang aku gunakan untuk mengaburi mata pihak lawan. Tapi ingat, teknik ni pun ada limitnya. Walaupon korang pusing-pusing TA maya ni, sampai satu limit loan korang tetap akan sangkut.

Bila mana sangkut jer teknik ni, ada lagi teknik lain plak. Hehe.. Sabar-sabar. Jangan gelojoh. Jangan nak tahu semua benda, tapi satu benda pun korang tak praktikkan. Tak guna. Jadi untuk yang mana tergolong dalam golongan susah nak buat loan disebabkan high komitmen, boleh la try gunakan teknik dulu.

************************************************************************************************

Amacam, ok tak? Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk meningkatkan pendapatan bagi tujuan untuk bergurau dengan bank. Kalau korang nak tau cara lain boleh cuba KLIK SINI. Apapun terima kasih kepada mamat ni atas kesudian untuk berkongsi maklumat dengan kita semua. Kalau korang nak cuba teknik ni silakan lah. Selamat mencuba.

Adios

Rahsia Senang Mendapat Pinjaman...

As salam dan salam sejahtera. Ramai di antara kita memerlukan pinjaman bagi pelbagai tujuan. Antaranya sebagai modal perniagaan, belanja perkahwinan, anak masuk universiti, bil rawatan hospital dan banyak lagi. Tak kira lah apa matlamat dan tujuan korang. Apa yang pasti kemudahan pinjaman yang ditawarkan seharusnya digunakan untuk kebaikan. Kebaikan di sini bukanlah semua benda yang baik. Sebagai contoh perkahwinan (perkara yang baik jugak), biasanya memerlukan belanja yang besar dan kebiasaannya jugak lah pinjaman digunakan untuk perkara sebegini. Tujuan tu memang baik tapi kalau pinjaman yang dibuat tu boleh memberikan pulangan keuntungan yang lebih besar atau menambah bilangan pemilikan aset kita, itu adalah yang TERBAIK. Haha...

Ok. Hari ni aku nak memperkenalkan seseorang yang sudi kongsikan perihal rahsia senang nak mendapat pinjaman ni berdasarkan melalui pengalaman beliau sendiri. Setakat yang aku tau, mamat ni pernah buat permohonan pinjaman RM2.7 JUTA TANPA SEORANG PENJAMIN, CAGARAN ATAU KERTAS KERJA dan ajaibnya, pinjaman itu diluluskan. Korang nak tahu rahsia dia?

Memperkenalkan Saudara Wahi bin Abd Rashid. Seorang usahawan yang telah berjaya dalam bidang yang diceburi. Memiliki syarikat kereta sewa iaitu Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd di seluruh Malaysia yang mana ibu pejabatnya terletak di Bintulu, Sarawak. Merupakan bekas tenaga pengajar di salah sebuah universiti di Sarawak. Selain perniagaan kereta sewa, beliau turut menghasilkan beberapa buah buku motivasi dan turut memiliki sejumlah hartanah sebagai pelaburan. Ok. Setakat itu sajalah pengenalan tentang beliau. Kalau korang nak mengetahui lebih lanjut atau cuba nak mengendeng-ngendeng dengan mamat ni bolehlah KLIK SINI atau korang boleh jenguk kat SINI jugak.

Wahi Abd Rashid
Salah sebuah buku karangan beliau adalah RAHSIA SENANG MENDAPAT PINJAMAN. Sejujurnya aku telahpun memiliki buku ni. Daripada idea dan skil, ditambahkan lagi dengan pengalaman mamat ni, aku rasa macam "ehh, macam ni saja ka?". Macam tak caya pulak sebab cara yang dia ajar tu macam senang sangat cuma kita tak pernah terpikir pun. Silap-silap bank yang nak bagi loan kat kita pun tak pernah terpikir cara tu. Tapi aku juga ada terbaca beberapa real testimoni tentang buku ni. Rata-rata mereka yang mengamalkan buku ni telah menjadikan mamat ni sebagai DEWA PUJAAN sebab  skil yang diajar tu ternyata memang berkesan. INI adalah salah satu testimoni yang dapat aku kongsikan dengan korang tentang keberkesanan teknik yang ada di dalam buku ni.
Inilah bukunya
Ada macam-macam lagi yang diceritakan di dalam buku tu. Macam mana kalau kena blacklist, cara nak mempercepatkan kelulusan permohonan pinjaman dan lain-lain. Aku rasa baik korang dapatkan buku ni pastu baca dan amalkan. Abaikan harga buku tu sebab bukannya mahal sangat pun kalau nak dibandingkan dengan ilmu yang korang dapat nanti. Pergghh.. Lagipun boleh tolak cukai tau. Hahaha. Kalau korang nak tau harga dia boleh tengok KAT SINI ataupun klik aja banner yang dok berkelip-kelip kat  kanan blog ni. Selain itu ada 5 bonus tambahan menanti kalau korang beli buku ni. Antaranya,

1. Ebook Tip Menjadi Usahawan.
2. Ebook 5 Langkah Bebas Belengu Makan Gaji.
3. Akses Facebook Support Group.
4. Akses Koleksi Video Tip Bisnes.
5. Autograf Penulis (paling mahal ni).


Aku harap post ni berguna dan dapat membantu korang yang tengah cuba-cuba nak mendapatkan pinjaman daripada Abang Long (bank) korang tu. Kalau loan korang lulus, bagi la komisyen sket kat aku. Hehe...

Adios

Sarjana Hartanah WTF...?

As salam dan salam sejahtera. Ingat lagi tak aku ada cerita kat LINK INI? Ok. Mamat yang aku maksudkan tu adalah Saudara Faizul Redzuan, penulis buku WTF? 23 Property by 30. Sekarang ni rasanya dah ada versi BM kot. Apa yang istimewanya mamat ni? Beliau telah menceburkan diri dalam pelaburan hartanah ni sejak beberapa tahun yang dulu (tak ingat pulak tahun bila dia start) dengan bermodalkan hanya RM2,000.00. Macam mana dia buat? Aku rasa baik korang dapatkan buku dia. Dalam tu dia ada cerita panjang lebar macam mana di melabur. Bermula dia dari bujang, sampailah dah beranak bini. Dalam masa yang sama jugak, dia ni merupakan pekerja sepenuh masa (9am-5pm) dengan salah sebuah foreigner bank terkemukan di Malaysia. So, apa specialnya pulak aku dok cerita pasal dia ni?

Ni la Faizul Ridzuan
Menandatangani karya beliau untuk peminat aka pembaca
Faizul dalam temuramah bersama Astro Awani

Untuk maklumat korang semua, beliau dan rakan-rakan akan mengadakan seminar hartanah yang diberi jolokan "Seminar 7 Hari WTF? Sarjana Hartanah" dengan motto "Kuasai Ilmu Pelaburan Hartanah Jutawan Muda Dalam Masa 7 Hari". Apa secialnya seminar ni? Mereka meyakini bahawa sekiranya korang join seminar ni, korang akan keluar dalam keadaan bersedia untuk pelaburan hartanah dan mereka juga memberi jaminan pulangan wang dalam masa 30 hari kalau korang rasa buang masa join seminar ni.


Seminar 7 hari ni akan diadakan pada 22 - 30 Jun 13 bertempat di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya. Seminar yang dilaksanakan dengan 2 fasa iaitu 2 hari di Putrajaya (22 & 30 Jun 13) dan 5 hari secara online. Banyak skop yang akan dikongsikan oleh beliau dan juga beberapa pelabur hartanah lain (peringkat dewa) di Malaysia ni berdasarkan daripada pengetahuan dan pengalaman (real case study) mereka sendiri. Menariknya, ada 20 biasiswa untuk peserta yang layak untuk dimiliki. Maknanya free la kan? So kepada sesiapa yang berminat, korang boleh la klik LINK NI atau klik saja iklan kat sebelah kanan atas blog ni.

Orang kata sebelum nak membuat sesuatu pelaburan, buatlah pelaburan ilmu dahulu. Aku rasa ada benarnya jugak dan aku pasti korang pun setuju dengan statement tu. Oklah, dekat setengah jam jugak aku menuang ni. Sambung keje balik.

Adios

Pelaburan Hartanah. Berbaloi ka?

As salam dan salam sejahtera. Hari ni sebenarnya aku nak menceritakan satu peluang bagaimana untuk KAYA dan BEBAS KEWANGAN melalui pelaburan HARTANAH. Ya, hartanah. Corak pelaburan di Malaysia ni sebenarnya sangat banyak. Ada yang lumayan, ada yang biasa-biasa dan lain-lain. Tetapi kenapa hartanah?

Selalu kita mendengar keluhan di antara kita yang mengadu harga rumah semakin melambung tak tentu hala. Ada sesetengah kes yang berlaku di mana semua unit rumah yang baru hendak dibina sudah habis dijual. Walhal pihak pemaju baru nak menyangkul tanah. Baru nak bancuh simen. Situasi ini menyebabkan orang ramai semakin menyalahkan pelbagai pihak lain terutamanya kerajaan, pemaju dan pelabur hartanah. Persoalannya di sini, SAMPAI BILA NAK MENGELUH? Cubalah kita tanya kepada diri kita sendiri (termasuk aku ni), "mengapa tidak aku belajar bagaimana membuat pelaburan hartanah?". Aku rasa itulah yang dapat menghentikan aku dan korang semua dari terus mengeluh. Sebenarnya pelaburan hartanah adalah pelaburan yang paling mudah, selamat, unik dan berbaloi (itu kata diorang). Ia merupakan pelaburan yang mengambil masa yang pendek tetapi memberikan pulangan yang sangat besar.

Cuba korang fikir, macam mana nak kumpulkan RM100,000.00 dalam masa 18 bulan. Kalau kita menabung pun rasa-rasanya sebulan kene simpan RM5,000.00 ++. Agak-agak gaji kita kene ada berapa ek supaya dapat simpan RM5,000.00 sebulan? Kalau menyimpan RM5,000.00 dalam ASB pun, rasanya tak jejak 100k tu dalam tempoh 18 bulan. Bagaimanapun ada diantara kita telah membuktikan bagaimana nak jana wang dengan pantas melalui pelaburan hartanah. Ya, memang ada. Kalau korang belum pernah dengar, nantikan post akan datang. Akan aku ceritakan bagaimana beliau terjun di dalam pelaburan ini hanya berbekalkan RM2,000.00 dan menghasilkan asetnya yang terkini sebanyak RM5 JUTA. Hehehe

Owhh.. Bos panggil jap. Nantilah aku cerita k. 

Adios