Langkah Pertama

   As salam dan salam sejahtera kepada semua. Alhamdulillah, berbekalkan keinginan untuk mencuba, dengan bermodalkan sedikit kepayahan dalam try & error, ditambah dengan sedikit usaha dan percambahan idea yang cetek maka di hari Jumaat yang mulia ini terzahirlah firdauzibrahim.blogspot ke alam maya ciptaan kita sendiri. Blog ini merupakan blog yang pertama saya lahirkan dan setelah beberapa ketika ia dibiarkan usang dan layu dimamah usia, maka saya zahirkannya semula untuk tatapan dan kepuasan diri sendiri. InsyaAllah, dengan segala ilmu, idea dan maklumat yang bakal dipaparkan mengikut pengalaman, keinginan dan kesesuaian mudah-mudahan ia juga mampu menempias ilmu dan kebaikan kepada mereka-mereka yang sudi menjengah ke sini. 

   Ini merupakan artikel saya yang pertama di dalam blog ini. Tiada apa-apa yang istimewa pun di setakat ni. Cuma lebih kepada ucapan alu-aluan sempena kezahiran blog ini di hari Jumaat yang penuh barakah. Ehmm, sebenarnya saya masih tercari-cari apakah perkara yang sepatutnya saya khususkan di dalam blog ini. Antaranya ialah saya bercadang untuk memasukkan maklumat keluarga saya, aktiviti-aktiviti semasa, pandangan, idea dan macam-macam lagi.  Bagaimanapun saya juga bakal berkongsikan kecenderungan saya untuk mencapai status bebas kewangan seterusnya bersara awal dengan GAYA. Hehe. Nampaknya banyak kerja yang nak dibuat ni. Memandangkan saya ni kakitangan kerajaan, so mungkin slow sikit lah dalam nak meng up to date kan blog ni. Jadi kepada mereka yang bersemangat ingin mengikuti blog saya ni (ada ka??), harap bersabar ye. Lagi pun saya kan masih beginner lagi. Haha. Jumpa lagi..

p/s: Lagu Ajari Aku dari Abg Nuar kita ni memang sesuai dengan aku sekarang ni. Kan kan kan???