Akhirnya...

Assalamualaikum. Kebelakangan ini aku telah menerjah beberapa jenis peluang perniagaan. Saja nak mencari ilmu dan mendapatkan keserasian dalam perniagaan. Macam-macam aku buat. Dari MLM sampai la ke perniagaan komvensional. Ada yang online dan ada yang offline. Namun setelah setahun lebih aku buat kerja-kerja ni, akhirnya aku telah membuat keputusan. Hanya satu segmen sahaja yang akan aku teruskan. Ya. Satu saja. Kenapa? Sebab aku tak menang tangan bila buat semua. Kalau aku teruskan juga pun mungkin akan mengundang padah suatu masa nanti.
Aku kini hanya mengekalkan perniagaan kereta sewa aku dan perniagaan ini di bawah segmen perkhidmatan dan permotoran. Makna kata selagi perniagaan itu melibatkan perkhidmatan dan kereta, aku akan cuba untuk mendalami seterusnya menzahirkan perniagaan tersebut. Setakat ini ada 3 jenis perniagaan yang sedang dirancang dan akan dilaksanakan (mengikut fasa).

     1.   Perkhidmatan Kereta Sewa (Klik SINI atau SINI).
     2.   Pembekal Alat Ganti Kenderaan (Toyota dan Perodua).
     3.   Perkhidmatan Cuci Kenderaan.

Ya. Itu adalah impian aku. Setakat ini kereta sewa dan bermula. Walaupun baru 2 bulan tetapi sangat memberangsangkan. Aku pon pada mulanya tak sangka tapi kebelakangan ini rezeki melimpah ruah. Lebih daripada jangkaan aku. Sungguh benar janji Tuhan. Dalam kesempitan kita diuji agar berusaha mengejar kesenangan. Walaupun aku ni tidak lah sesenang mana namun jalan tu aku dah nampak. Cuma tinggal perlaksanaannya saja.

Bagaimanapun aku masih mengekalkan matlamat utama aku. Perniagaan ini aku gunakan sebagai sokongan kepada pelaburah hartanah sebagai aset untuk kesenangan di usia persaraan. Nampaknya jalan yang aku pilih ni bukan jalan yang mudah. 9/10 adalah punca rezeki adalah melalui perniagaan. Maknanya pulangan yang bakal diterima adalah 9 kali ganda daripada pekerja makan gaji. Namun aku percaya 9 kali ganda jugalah cabaran yang bakal aku tempuh di sepanjang jalan ini. Aku berdoa agar diberikan kekuatan dan ketabahan serta kejayaan dunia dan akhirat dalam mengejar visi dan misi aku. 

Doakan lah ya..

Senyum..

Wa salam.. 

Oowhh...

Assalamualaikum. Lama sudah aku tak menjengah ke dalam blog kesayangan ini. Tempat untuk aku meluahkan apa yang aku rasa dalam hati ini dan dizahirkan ke alam maya untuk panduan bagi diri sendiri dan kepada mereka yang berminat. Ya. Mungkin aku syok sendiri. Mungkin juga ada di luar sana yang teringin memiliki blog sendiri, lalu menjadikan blog aku ni sebagai panduan untuk mereka. Mungkin kan? Di dalam kita melaksanakan sesuatu perkara, latih lah diri kita untuk sentiasa bersangka baik dan sentiasa positif. Bak kata Prof Dr Muhaya, minda bawah sedar yang positif akan sentiasa menarik perkara-perkara dan orang-orang yang positif di sekeliling kita lalu bersama-sama dengan kita. Best kan?

Bulan Nov 2013 ini merupakan bulan kedua penstrukturan perniagaan aku. Dalam tempoh 2 bulan ini banyak perkara yang berlaku namun tidak semua mengikut jadual yang telah dirancangkan. Maklum lah, bila bekerja sambil berniaga ni masa dan tindakan agak terhad sedikit. Namun, itu bukan lah satu masalah yang besar kan? 

Cabaran di dalam menguruskan perniagaan kereta sewa ini rupanya tidaklah semudah yang disangka. Berurusan dengan manusia yang sentiasa berubah-ubah, citarasa yang berlainan dan sikap yang tidak menentu juga boleh memberikan sedikit kesan ke atas perniagaan ini. Banyak juga masa dihabiskan untuk memastikan pengurusan perniagaan ini berjalan dengan lancar. Semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menuju kejayaan.

Senyum...