Kehilangan mu...

   As salam dan salam sejahtera. Setelah agak lama aku tak update blog aku ni, akhirnya tercapai jua hajat ku. Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi keranatelah mengizinkan traffik blog ini mencecah 200 pengunjung walaupun baru 2 minggu ia dizahirkan semula. Walaupun satu jumlah yang kecil namun ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan kepada diriku yang beginner dan masih ketandusan ilmu berblogging ni. Buat sementara waktu ini aku tidak menetapkan sebarang target untuk pencapaian jumlah traffik ke blog ini. Mungkin suatu hari nanti aku akan berbuat sedemikian. InsyaAllah.

   Berbalik ke topik kali ini, tahun 2013 yang aku lalui bermula dengan nasib yang kurang baik dek kerana beberapa kejadian yang aku rasa ia boleh dielakkan tetapi atas beberapa faktor dan takdir, ia berlaku jua. Kes pertama aku bertegang urat dengan bos kecik aku yang sorang ni. Bukan apa. Atas beberapa kejadian sebelum ni membuatkan aku down bila bekerja dengan dia dan adalah lebih baik kalau aku bercerita setakat ini saja. Kedua smartphone (Samsung Galaxi S Plus) pertama aku tercicir. Kejadian ni berlaku pada 1 Feb 13. Aku menaiki tren KLIA Transit untuk ke LCCT. Masa tu nak pergi bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah. Aku keluarkan smartphone aku ni dan bermain game bersama anak lelaki ku yang aku pangku di dalam tren. Bagaimanapun setibanya di stesen Salak Tinggi, kami pun bergegas keluar sebab nak kejar naik bas yang dah nak jalan masa tu. Bila dah duduk dalam bas baru lah aku tersedar smartphone aku tercicir. Akhirnya bercuti lah kami sekeluarga dalam suasana mood yang tak best.

   Kes ketiga ni tangan anak aku terseliuh. Biasa la anak lelaki kan. Mana reti dok senyap. Lompat-lompat atas katil pastu jatuh. Kebetulan tangan kanan landing tak betul. Apa lagi, meraung la budak tu. Bawak pegi HUKM untuk xray, mujur tak patah. Doktor kata terseliuh sikit ja. Kemudian kes aku yang terbaru ni pulak adalah kehilangan kuda merah aku (moto). Kejadian berlaku kat rumah aku di Apartment Lestari, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Pukul 7 pagi aku nak pegi keje tapi moto takda. Konfius jap. Kemudian baru la aku sedar dan mula menerima hakikat yang moto aku tu dah lesap di bagi Jumaat yang mulia baru-baru ni. Patah kaki la jawabnya. Akibatnya, seharian tu aku cuti dan terus bawak kereta aku ke bengkel di Serdang untuk pasang alarm dan tukar semua sistem kunci. Kenapa? Sebab dalam moto aku yang hilang tu ada kunci spare kete aku. Sebelum kete aku pun lesap, baik aku berjaga-jaga.

   Itu lah kisahnya hidup aku di permulaan tahun 2013 yang mana untuk pertama kalinya umur aku pun turut menjejak dekad yang ketiga. Untuk makluman kuda aku tu namanya WWG 6874. Kulitnya merah kehitaman. Dia ni keturunan Yamaha Lagenda 115Z. No ic (casis) PMYKE1420B0043080. Jadi kepada sesiapa yang terjumpa kuda kesayangan aku ni boleh la berhubung terus dengan aku di talian 019-3130742 atau limatango0742@gmail.com atau facebook.com/firdauz.ibrahim. Hadiah misteri menanti mereka yang memberikan maklumat hingga menemukan semula kuda kesayangan ku itu. Ha ha...

Adios

Weekend Yang Lalu...

   Untuk pertama kalinya aku nak post aktiviti aku dan keluarga sewaktu weekend baru-baru ni. Pada 30 Mac 13 yang lepas (sabtu baru ni) aku sekeluarga dan beberapa rakan-rakan yang lain pergi ke Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang. Perjalanan selama 2 jam ini (sepatutnya) bermula seawal 0900 adalah untuk menghadiri kenduri perkahwinan kawan kami (gambar tak dimasukkan kerana bimbang menimbulkan fitnah... haha) dan kami telah berjaya menjejakkan kaki pada jam 1300 kerana ketidak tepatan masa dari kengkawan ku ini. 

   Setelah hampir 2 jam di sana, kami teruskan perjalanan ke Gambang. Niat di hati nak terus pergi mandi manda tetapi memandangkan Gambang Water Park beroperasi sehingga jam 1800, niat kami itu ditangguhkan sehingga keesokan paginya. Homestay ini telah menjadi sasaran untuk melepaskan lelah dan pada malamnya kami ke Tanjung Lumpur menikmati makanan seafood yang memang fresh dan menyelerakan. Malangnya aku terlupa nama kedai tu.

   Keesokan paginya, kami mengetuk ofis Gambang Water Park mengharapkan pak guard yang berada di situ datang bukak pintu agar kami dapat bermandi-manda seawal mungkin. Maklum lah, lepas tu terus nak balik KL. So, lagi cepat mandi cepat habis cepat balik. Aktiviti bersama keluarga ini berakhir pada jam 1500. Dalam situasi cuti sekolah sudah berakhir, kami pasti laluan lebuhraya kuantan - KL pasti mengejangkan kaki kami dek kerana kesesakan. Maka laluan Kuantan - Kuala Pilah - KL menggunakan Lebuhraya Lekas menjadi pilihan kami dan akhirnya aku membuka kunci pintu rumahku tepat jam 2300 (8 jam perjalanan). So, layan je lah beberapa gambar yang sempat aku upload untuk tatapan semua.

  
Aku dan keluarga

Layan ombak di Coco Beach

Kepenatan
  

p/s:  mood# sakit hati..

Permulaan Yang Chantek...

"Nuffnang"
   Perkataan yang seringkali membuat aku tertanya "pe dia menatang nih?". Setelah beberapa ketika aku membiarkan ia berlalu maka pada hari ini aku telah memberanikan diri untuk mencari siapakah dia dan akhirnya terpampang sudah si dia di blog ku ini (atas, kanan dan bawah) yang selalu memeningkan kepala tatkala aku melayari blog brader2 otai Malaya. Syukur kepada Ilahi kerana telah memberikan aku kekuatan untuk  berkoleborasi bersama Nuffnang ini. 

   Disebabkan tujuan blog ini adalah untuk menjana pendapatan kedua aku maka kehadiran Nuffnang ini sangat penting tatkala aku sedang meraba-raba tetikusku untuk mencari kebenaran dalam teknik menjana RM dari blog. Jadi untuk kesekian kalinya aku memohon kepada otai-otai blogger, hadirlah dalam mimpiku dan siramilah daku dengan sedikit pengetahuan agar mampu ku kecapi nikmat bersara awal dengan GAYAnya. Amin.

p/s: Semakin hari semakin riang semenjak berblogging.