Weekend Yang Lalu...

   Untuk pertama kalinya aku nak post aktiviti aku dan keluarga sewaktu weekend baru-baru ni. Pada 30 Mac 13 yang lepas (sabtu baru ni) aku sekeluarga dan beberapa rakan-rakan yang lain pergi ke Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang. Perjalanan selama 2 jam ini (sepatutnya) bermula seawal 0900 adalah untuk menghadiri kenduri perkahwinan kawan kami (gambar tak dimasukkan kerana bimbang menimbulkan fitnah... haha) dan kami telah berjaya menjejakkan kaki pada jam 1300 kerana ketidak tepatan masa dari kengkawan ku ini. 

   Setelah hampir 2 jam di sana, kami teruskan perjalanan ke Gambang. Niat di hati nak terus pergi mandi manda tetapi memandangkan Gambang Water Park beroperasi sehingga jam 1800, niat kami itu ditangguhkan sehingga keesokan paginya. Homestay ini telah menjadi sasaran untuk melepaskan lelah dan pada malamnya kami ke Tanjung Lumpur menikmati makanan seafood yang memang fresh dan menyelerakan. Malangnya aku terlupa nama kedai tu.

   Keesokan paginya, kami mengetuk ofis Gambang Water Park mengharapkan pak guard yang berada di situ datang bukak pintu agar kami dapat bermandi-manda seawal mungkin. Maklum lah, lepas tu terus nak balik KL. So, lagi cepat mandi cepat habis cepat balik. Aktiviti bersama keluarga ini berakhir pada jam 1500. Dalam situasi cuti sekolah sudah berakhir, kami pasti laluan lebuhraya kuantan - KL pasti mengejangkan kaki kami dek kerana kesesakan. Maka laluan Kuantan - Kuala Pilah - KL menggunakan Lebuhraya Lekas menjadi pilihan kami dan akhirnya aku membuka kunci pintu rumahku tepat jam 2300 (8 jam perjalanan). So, layan je lah beberapa gambar yang sempat aku upload untuk tatapan semua.

  
Aku dan keluarga

Layan ombak di Coco Beach

Kepenatan
  

p/s:  mood# sakit hati..