Bulan Julai 2013 merupakan detik keramat apabila aku memulakan 2 jenis perniagaan secara serentak iaitu Kereta Sewa dan Dropship. Dalam masa yang sama juga, aku dengan rasminya telah menyertai program bimbingan terhadap penguasaan perniagaan, kewangan dan hartanah di bawah bimbingan 'wealth doctor' terkenal di Malaysia iaitu Dr Wan Shah Razali atau nama manjanya DSR.
Kenapa aku bercerita tentang program ni? Untuk pengetahuan korang, sejak aku join program ni banyak perkara yang telah aku belajar berkenaan 3 perkara asas yang telah aku nyatakan di atas dan yang menariknya komuniti yang ada bersama kami seolah-olah melahirkan satu aura positif untuk aku terus melangkah ke depan. Bimbingan yang diberikan tidak terhad melalui kelas-kelas atau perjumpaan sahaja malah melalui online jugak, mereka-mereka ini sering aku susahkan dengan soalan-soalan yang aku ketengahkan.
Bagi aku yang baru memulakan perniagaan ini, pendapatan di dalam bulan pertama tidaklah memberangsangkan sangat tetapi sebagai permulaan, aku rasa tahap yang aku capai sekarang ni dah cukup baik. Contohnya bisnes dropship, aku mulakan bisnes ni dengan modal RM200 sebab nak beli DVD dari Saudara Faisal Abdullah untuk belajar cara-cara bisnes dropship dan dalam masa 3 minggu saja aku dah dapat untung RM105. Untuk beginner macam aku ni rasanya boleh tahan jugak la.
Jadi apa yang cuba aku nak sampaikan pada korang adalah program yang aku sertai tu telah banyak membantu dalam menjana RM masuk ke poket aku. Best kan? http://bit.ly/1dc5zC3
No comments:
Post a Comment