Bahasa Orang Kaya – Perbezaan Ketara Rich dan Wealth
Apabila kita sebut tentang kekayaan, biasanya idea yang terkeluar dari minda kita diukur dari sudut-sudut yang lazim seperti:
- Duit.
- Rumah.
- Kereta.
- Perniagaan.
- Gaya hidup.
Dalam Bahasa Inggeris, ada dua sebutan yang menjelaskan kekayaan iaitu:
- Rich.
- Wealth.
Kedua-dua sebutan ini membawa makna yang jelas berbeza. Perkataan richlebih menjurus kepada kekayaan dari sudut material. Seperti mana yang kita senaraikan sebelum ini.
Berbeza dengan wealth. Ia diukur dari pelbagai jenis dimensi.
Sebagai contoh:
- Wealth diukur dengan kelapangan masa kita dan tidak perlu risaukan tentang duit, walaupun tidak lagi bekerja atau berniaga.
- Wealth juga berkaitan dengan kekuatan spiritual, moral dan keakraban kita dengan Allah.
- Wealth juga berkait rapat dengan kehidupan kita yang penuh bermakna. Seperti aktif bekerja setiap hari kerana ia adalah obsesi atau passion.
Bahasa Orang Kaya?
Untuk jadi kaya, bahasa yang sesuai diterapkan dalam diri adalah wealth danrich.
Kita tidak sekadar mahu kaya dari sudut duit. Mentaliti duit banyak pasti bahagia adalah mentaliti yang cetek. Duit semata-mata tidak akan menjamin kebahagiaan, walaupun dunia hari ini memerlukan kita untuk mempunyai amaun duit yang banyak untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Apabila kita menekankan wealth sebagai bahasa kekayaan, kita mencari jalan untuk kaya dari pelbagai dimensi, seperti:
- Kaya harta.
- Kaya ilmu.
- Kaya cikgu.
- Kaya akal.
- Kaya moral.
- Kaya spiritual.
- Kaya akhirat.
- Kaya sahabat.
Ramai yang mempunyai duit yang banyak dan berkepuk-kepuk dalam akaun banknya. Dalam masa sama, hati mereka tidak tenang kerana duit-duit itu diperoleh dari sumber yang tidak bagus.
Untuk berjaya dan kuasai bahasa orang kaya, kita adaptasi kedua-dua perkataan wealth dan rich dalam diri.
Persepsi, “Orang kaya itu orang jahat,” adalah perspektif yang melemahkan agama, bangsa dan masyarakat di Malaysia. Kekayaan hanya bergerak sebagai alat, bukan matlamat kekal.
Suara-suara Sumbang
Selain penguasaan bahasa orang kaya, satu lagi cabaran yang sentiasa terlekat dalam diri orang yang mahu jadi kaya adalah suara-suara sumbang.
Yakni suara golongan-golongan negatif yang pandang kecil terhadap usaha atau matlamat yang mahu kita kecapi. Cara untuk menangani isu ini adalah mengubahsuai persekitaran kita seperti:
- Senarai rakan-rakan.
- Tempat tinggal.
- Senarai orang-orang dewasa dan berpengalaman.
Orang kaya biasanya ditindas pada peringkat awal. Diri mereka diperlekeh dan ditertawa. Apabila kita hadapi situasi yang sama, jalan terus dan berusaha dengan gigih ke arah matlamat.
=========================
Korang boleh banyak lagi info dari penulis ni DI SINI.
No comments:
Post a Comment