Projek Raya 2014


Projek KHAS Sempena Raya
Buat Duit RM2,000 hingga RM10,000 Sebelum Raya


Salam ceria sahabat.

Raya bakal menjelma... Apa persiapan anda? Berapa banyak anda berbelanja untuk hari raya? Baju baru, kasut baru, songkok baru dan macam-macam lagi. Kalau boleh semuanya nak baru. Best kan bila kita melihat telatah anak kita yang gembira menyambut raya. Isteri pula sibuk siapkan kuih raya & macam-macam lagi (tapi jangan pula cari isteri baru ya).

Ok. Saya tak nak bercerita panjang.

Sempena raya ini, sahabat saya saudara Haszoor Muaidi (seorang usahawan online berjaya) ingin mengajak anda BUAT DUIT RAYA. Tak payah banyak-banyak. Cukuplah sekadar RM10,000 ja. Kenapa RM10,000 ja? Pada saya simple. Anda baru nak bermula. Untuk mencapai keuntungan sehingga RM10,000 bagi seorang newbie bukanlah sesuatu yang mudah. Namun ia TAK MUSTAHIL. Lagipun angka tersebut sudah sebati dengan beliau. Setiap kali buat sale, RM10,000 tu memang confirm dalam genggaman.

Tahukah Anda?

Apakah produk paling laris lebih-lebih lagi pada waktu kemuncak (raya)? Di bawah anda boleh lihat beberapa senarai kategori produk yang boleh anda jual dengan potensi keuntungan 5 angka sempena raya ini. Ya. untung sekali tapi boleh makan setahun. Jadi apa produk hot tersebut?

1. Kain Pasang. Semua orang nak beli baju baru kan. Lebih-lebih lagi orang perempuan yang sangat pantang melihat kain pasang. Kalau boleh nak beli sekayu kain supaya keluarga mereka nampak cantik sedondon.

2. Produk Kecantikan. Semua orang nak kelihatan cantik kan? Ada orang nak muka berjerawat di hari raya?

3. Kuin-muih. Terdiri daripada pelbagai jenis kuih-muih, keropok, kerepek, maruku dan lain-lain. Rumah siapa yang tak hidangkan makanan seumpama ini di hari raya?

4. Pakaian. Baju, seluar, kasut, songkok, samping, songket dan lain-lain. Anda fikirlah sendiri.

Ini adalah antara produk yang ada. Kalau saya nak tulis semua, memang banyak. 


Siapa Haszoor Muaidi Ni?

Beliau adalah salah seorang usahawan online yang terkemuka di Malaysia. Buat sale RM10,000 ni memang kepakaran beliau. Ada juga yang menggelarkannya PAKAR RM10,000 kerana dalam setiap jualan yang dibuat beliau pasti melepasi angka berikut.

Haszoor Muaidi

Projek Raya merupakan idea beliau dalam usaha membantu anda untuk buat duit RM10,000 sempena raya. Perniagaan ini dilakukan secara DROPSHIP. Tugas anda hanya membuat pengiklanan percuma secara online/offline dan mendapatkan seberapa ramai pelanggan untuk membeli produk yang ditawarkan. Selebihnya serahkan kepada beliau. Ya. Pembungkusan, penghantaran, restock dan lain-lain urusan remeh akan beliau diuruskan. Anda hanya perlu iklankan sahaja. Setiap produk memiliki komisyen tertentu untuk anda.


Kenapa Anda Perlu JOIN Projek Raya ni?

Ada 5 sebab kenapa anda perlu join Projek Raya ini.

1. 10 Produk Paling HOT Sempenan Ramadhan Disediakan. Produk ini telah ditapis dengan teliti supaya menepati ciri-ciri atau syarat untuk anda mudah buat duit RM10,000 sebelum raya. Setiap produk mempunyai permintaan yang tinggi terutama musim raya dan jualan akan meningkat 200% hingga 700%.

2. Anda Tak Perlu Fikir tentang Stok. Tak perlu bimbang tentang stok. Anda juga tak perlu risau tentang penghantaran. Segala kerja remeh tersebut, biar Haszoor yang uruskan. Mudah kan?

3. Keuntungan Produk Tinggi. Antara 30% hingga 100%. Contoh harga kos produk RM10 dan anda jual RM30 ke RM50. Anda untung RM20 ke RM40. So nak capai RM10,000 lebih mudah. Anda hanya perlu menjual 33 produk dalam sehari. Paling best projek raya ni, nak dapat RM1,000 sehari pon boleh.

4. 10 Produk Mudah Dijual. Tak payah pening kepala. Semua orang mahu produk hot. Ianya semudah A, B, C saja.

5. Anda Hanya Perlu Promosi Sahaja. Tugas anda hanya promosi sahaja. Yang lain, serahkan kepada yang pakar.


Boleh Percaya Ka Permintaan Tinggi?


Bukti Jelas 300++ Orang BERMINAT 
Dengan Projek Raya Ni

300 Orang Nak Join. Anda Bagaimana?

Firdauz. Macam Mana Saya Nak Join?

Ok. Sekiranya anda berminat, boleh terus KLIK SINI untuk maklumat selanjutnya. Saya akan berikan arahan selanjutnya.


Terhad Kepada 100 Orang Sahaja

Untuk mengelakkan berlakunya huru-hara di dalam projek ini, beliau memberikan saya kuota untuk 70 orang sahaja. Sehingga artikel ini ditulis, kuota kini berbaki 54 orang lagi. Saya cadang sekiranya anda serius ingin menjana pendapatan sampingan, jangan lepaskan peluang ini kerana anda berpeluang menjana pendapatan sehingga RM10,000. Jom..

BERTINDAK SEKARANG!

p/s:  Jangan bimbang. Anda akan dimasukkan ke dalam secret group fb untuk bimbingan A - Z.

p/p/s:  Anda boleh mulakan dengan segera sejurus pengesahan dibuat. Lebih cepat anda bertindak, lebih tinggi UNTUNG anda.

Peluang Pendapatan Pasif Paling Lumayan...

Pada pendapat anda,



Umum mengetahui kenaikan harga barang menghantui rakyat di seluruh pelusuk tanah air. Para belia mula membising akan kesukaran mendapatkan aset hartanah dek kerana harga yang semakin melampau dan tak masuk akal. Di manakah anda pada ketika ini?

Adakah anda,
  • hanya redha/pasrah dengan mendiamkan diri sahaja?
  • mengadu domba kepada sahabat handai akan masalah yang melanda?
  • atau bersuara nyaring menuntut hak sebagai rakyat yang entah endah tak endah?

Bagaimana sekiranya saya menawarkan peluang pendapatan pasif yang paling LUMAYAN, agar kita tidak lagi dibebani kenaikan harga barangan dan kesengsaraan menanggung hutang yang entah bila kesudahannya?

==========

Bagini...

Pernahkah anda terdengar perniagaan melalui cabang telekomunikasi? Ya. Jenama seperti Samsung, Nokia, Digi, Celcom dan Maxis  merupakan antara nama besar dalam industri ini yang sering mengaut keuntungan berbillion ringgit saban tahun. Mari kita lihat potensi pasaran di dalam dunia telekomunikasi.

Mengikut statistik suku pertama tahun 2013 bagi penggunaan talian telefon bimbit di Malaysia,

# Pascabayar (postpaid)   - 7.4 juta pengguna
# Prabayar (prepaid)  - 34.9 juta pengguna
# Jumlah Talian Berdaftar - 42.3 juta pengguna
# Penduduk di Malaysia  - 28 juta pengguna

*Sumber dari sini.

Baik. Cuba bayangkan sekiranya 5% dari jumlah pengguna prabayar (5 bahagi 100 darab 34.9 juta = 1.75 juta) menyumbang 1 sen sahaja kepada anda sebagai komisyen, agak-agak berapa yang anda akan dapat?

          RM1.75 juta (x) 1 sen (=) RM17,500.

Itu kalau 1 sen. Kalau RM10, RM30, Rm100? Berapa jumlah agaknya?

Baiklah. Saya sediakan satu klip video bagi memudahkan pemahaman anda. Saya harap anda dapat meluangkan masa sekitar 10 minit bagi memahami apa yang cuba saya sampaikan. Mana tahu, dengan 10 minit ini dapat mengubah nasib anda ke arah yang lebih baik untuk selamanya. Aminn..

Sila klik video klip di bawah.




Sekiranya ada pertanyaan, appointment atau ingin menyertai kami, anda boleh Whatsapp/Telegram/Pm/Sms/Call saya.

"Hanya kita yang mampu mengubah nasib kita".

Firdauz Ibrahim
0193130742
limatango0742@gmail.com








Akhirnya...

Assalamualaikum. Kebelakangan ini aku telah menerjah beberapa jenis peluang perniagaan. Saja nak mencari ilmu dan mendapatkan keserasian dalam perniagaan. Macam-macam aku buat. Dari MLM sampai la ke perniagaan komvensional. Ada yang online dan ada yang offline. Namun setelah setahun lebih aku buat kerja-kerja ni, akhirnya aku telah membuat keputusan. Hanya satu segmen sahaja yang akan aku teruskan. Ya. Satu saja. Kenapa? Sebab aku tak menang tangan bila buat semua. Kalau aku teruskan juga pun mungkin akan mengundang padah suatu masa nanti.
Aku kini hanya mengekalkan perniagaan kereta sewa aku dan perniagaan ini di bawah segmen perkhidmatan dan permotoran. Makna kata selagi perniagaan itu melibatkan perkhidmatan dan kereta, aku akan cuba untuk mendalami seterusnya menzahirkan perniagaan tersebut. Setakat ini ada 3 jenis perniagaan yang sedang dirancang dan akan dilaksanakan (mengikut fasa).

     1.   Perkhidmatan Kereta Sewa (Klik SINI atau SINI).
     2.   Pembekal Alat Ganti Kenderaan (Toyota dan Perodua).
     3.   Perkhidmatan Cuci Kenderaan.

Ya. Itu adalah impian aku. Setakat ini kereta sewa dan bermula. Walaupun baru 2 bulan tetapi sangat memberangsangkan. Aku pon pada mulanya tak sangka tapi kebelakangan ini rezeki melimpah ruah. Lebih daripada jangkaan aku. Sungguh benar janji Tuhan. Dalam kesempitan kita diuji agar berusaha mengejar kesenangan. Walaupun aku ni tidak lah sesenang mana namun jalan tu aku dah nampak. Cuma tinggal perlaksanaannya saja.

Bagaimanapun aku masih mengekalkan matlamat utama aku. Perniagaan ini aku gunakan sebagai sokongan kepada pelaburah hartanah sebagai aset untuk kesenangan di usia persaraan. Nampaknya jalan yang aku pilih ni bukan jalan yang mudah. 9/10 adalah punca rezeki adalah melalui perniagaan. Maknanya pulangan yang bakal diterima adalah 9 kali ganda daripada pekerja makan gaji. Namun aku percaya 9 kali ganda jugalah cabaran yang bakal aku tempuh di sepanjang jalan ini. Aku berdoa agar diberikan kekuatan dan ketabahan serta kejayaan dunia dan akhirat dalam mengejar visi dan misi aku. 

Doakan lah ya..

Senyum..

Wa salam.. 

Oowhh...

Assalamualaikum. Lama sudah aku tak menjengah ke dalam blog kesayangan ini. Tempat untuk aku meluahkan apa yang aku rasa dalam hati ini dan dizahirkan ke alam maya untuk panduan bagi diri sendiri dan kepada mereka yang berminat. Ya. Mungkin aku syok sendiri. Mungkin juga ada di luar sana yang teringin memiliki blog sendiri, lalu menjadikan blog aku ni sebagai panduan untuk mereka. Mungkin kan? Di dalam kita melaksanakan sesuatu perkara, latih lah diri kita untuk sentiasa bersangka baik dan sentiasa positif. Bak kata Prof Dr Muhaya, minda bawah sedar yang positif akan sentiasa menarik perkara-perkara dan orang-orang yang positif di sekeliling kita lalu bersama-sama dengan kita. Best kan?

Bulan Nov 2013 ini merupakan bulan kedua penstrukturan perniagaan aku. Dalam tempoh 2 bulan ini banyak perkara yang berlaku namun tidak semua mengikut jadual yang telah dirancangkan. Maklum lah, bila bekerja sambil berniaga ni masa dan tindakan agak terhad sedikit. Namun, itu bukan lah satu masalah yang besar kan? 

Cabaran di dalam menguruskan perniagaan kereta sewa ini rupanya tidaklah semudah yang disangka. Berurusan dengan manusia yang sentiasa berubah-ubah, citarasa yang berlainan dan sikap yang tidak menentu juga boleh memberikan sedikit kesan ke atas perniagaan ini. Banyak juga masa dihabiskan untuk memastikan pengurusan perniagaan ini berjalan dengan lancar. Semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menuju kejayaan.

Senyum...


Nafas Baru...

Assalamualaikum. Agak lama aku tak post sesuatu yang 100% hasil air tangan aku dalam coretan di dalam blog ni. Selalunya aku akan copy beberapa artikel dan aku ubah suai sedikit. Kadang-kadang tu aku tak ubah langsung, cuma meletakkan hak milik siapa artikel itu.
So hari ni aku bercadang nak merekodkan sedikit makluman kepada perniagaan aku yang telah diberi nafas baru. Kalau korang pernah mengikuti blog ni, pasti korang akan tahu apa yang aku buat untuk menambah pendapatan aku. Buat korang yang tak tahu, aku hanyalah orang yang biasa-biasa yang berpendapatan tetap atau bahasa kampung aku makan gaji. Pada asalnya aku terjebak ke dunia perniagaan dan pelaburan kerana nak menambah pendapatan/kaya. Namun setelah hampir setahun aku di dalam dunia ini, baru aku sedar betapa berniaga ini bukan sekadar nak kaya. Ianya lebih dari itu dan aku mula merasai kebenaran sabda Rasulullah s.a.w yang mengatakan 9/10 rezeki berpunca dari perniagaan. Kerana berniaga aku mampu:

1.   Menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan.

2.   Otak aku sentiasa berfikir akan halatuju perniagaan dan kaedah yang akan/perlu aku laksanakan.

3.   Meyakini kebenaran sabda Rasulullah s.a.w.

4.   Mulai merasai perubahan akan kepadatan rutin harian aku.

5.   Membantu aku mengikis rasa/sikap malas sedikit demi sedikit.

6.   Mendapat kenalan baru yang penuh dengan aura positif dan bersemangat.

7.   Mulut aku selalu bising sebab aku banyak kerja, tetapi dalam masa yang sama aku rasa seronok sebenarnya.

Ini adalah antara apa yang aku rasa di sepanjang aku mula menceburi bidang perniagaan ini sedikit demi sedikit. Aku pasti ramai yang di luar sana mengalami situasi yang sama/hampir sama mengikut situasi masing-masing.

Ok. Itu serba sedikit pembuka kata dari aku. Panjang lah pulak. Orait. Cut the crap. Berhubung perniagaan kereta sewa aku, kini telah diberi nafas baru. Macam mana tu? Hehehe. Semalam aku telah duduk semeja dengan salah seorang pengusaha kereta sewa yang berpengaruh di Malaysia ni. Yup. Tak tipu. Tetapi identiti dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Hasil dari perjumpaan tersebut, persetujuan telah dibuat  untuk meng'ejas' beberapa perkara di dalam perniagaan aku termasuklah strategi marketing, operasi, pentadbiran, halatuju dan lain-lain. Dengan hasil usahasama ini bakal melonjakkan sale aku sehingga 200% atau mungkin lebih lagi. Woww.. Banyak tu.

Dalam masa yang sama juga syarikat aku telah menerima beberapa rakan kongsi (partner) yang mana mereka telahpun berikrar dan bersumpah setia akan tetap memperjuangkan kelangsungan perniagaan ini. Mereka juga turut memotong jari kelingking sebagai tanda taat setia kepada aku selaku peneraju projek ini (yang ni aku kencing korang). Kalau dulu aku seorang, sekarang ini dah berkumpulan. Alhamdulillah, senang sikit la keje aku lepas ni. Syarikat aku juga bakal menerima sejumlah besar kenderaan untuk diuruskan secara berperingkat. Sejumlah besar? Besar macam mana tu? Besar yang aku maksudkan tu adalah jumlah kereta antara 10 - 30 biji kereta. Fuuhhh.. Bagi menyesuaikan dengan pelaksanaan dasar baru ekonomi syarikat aku, beberapa langkah berikut juga bakal diambil untuk menampilkan perkhidmatan kereta sewa yang lebih profesional.

1.   Menukar nama perniagaan. Ada pihak mendakwa nama perniagaan OMG Car Rental ni klakar (Kuajaq. Punya lama aku pikir nak dapat nama ni tau tak).

2.   Membina laman web dwi-bahasa yang lebih profesional. Mengandungi butir-butir kenderaan, harga, online booking, testimoni, call centre, perkhidmatan online/credit card payment dan lain-lain yang difikirkan wajar.

3.   Mengupah pekerja untuk bahagian operasi dan marketing. Kemudian barulah bahagian tadbir secara berperingkat.

4.   Yang lain-lain semua rahsia syarikat. Hahaha.

So, itulah nafas baru yang bakal melonjakkan nama perniagaan aku di mata dunia. Fuuhhh.. Mungkin ada antara korang yang merasakan ke'poyo'an aku untuk menceritakan semua ini. Tetapi yakinlah bahawa di luar sana pasti ada mereka-mereka yang sangat dahagakan ilmu dan pengalaman malah peluang sebegini. Mungkin juga akan ada pihak yang mengakui bahawa perubahan itu perlu dalam menambah baikkan sesuatu perkara. Tak gitu?

Ok lah. Sampai kita ketemu lagi.

Senyum!

Adios... 





Kita Memilih, Bukan Dipilih...

Kata-kata di bawah adalah hasil coretan sifu hartanah yang terkemuka di negara kita. Aku ambil dan cedok ke sini sekadar perkongsian dan penghayatan bersama. Bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang. Tapi memang senang bila sekadar berkata-kata mahupun menulis atau menaip. Hakikatnya hanya mereka yang pernah melalui keperitan itu sahaja yang tahu bagaimana pedihnya pada ketika itu.

Kisah di bawah ini adalah hasil pengalaman beliau sendiri. Secara peribadi, aku sendiri dapat merasakan dan membayangkan situasi tersebut. Walaupun tidak secara keseluruhan, 10% sahaja pun bagi aku dah memadai untuk dijadikan pedoman dalam perjalanan hidup aku. Sejujurnya konflik sebegini sering melanda kepada mereka-mereka yang tersepit dan inginkan perubahan besar di dalam hidup mereka. Aku juga tidak terkecuali. Mungkin tidak sedahsyat si pencerita ini.

Dengar kata situasi ekonomi pada tahun 1997/98 bakal berulang kembali dalam tempoh terdekat. Betul ka? Rasanya kalau berulang kembali, apakah peratus penceraian dan konflik rumahtangga akan meningkat? Mungkin ya. Mungkin tidak. Korang boleh berfikir sewajarnya. 

Apapun, kepada korang yang sudi melawat blog aku yang tak seberapa ini terima kasih daun keladi. Walaupun tiada wang ringgit yang aku peroleh, namun peningkatan trafik ke blog ini sudah memadai bagiku. Buat korang semua, aku sajikan kisah pendek si pencerita yang berkisarkan keperluan untuk kita menentukan nasib sendiri dan cabaran dalam mengimpikan perubahan.

=====

Kita berada di kedudukan memilih bukan hanya tunggu untuk dipilih. Bunyinya macam angkuh. Tapi itulah hakikatnya.


Kita memilih untuk menjadi lebih baik dari semalam dan bukannya hanya menunggu suasana mengubah kita menjadi lebih baik. Atau mungkin menunggu orang lain mengubahnya untuk kita. Kita yang harus mulakan.

Saya berkata begini bukan kerana saya seorang motivator. Ya, cakap memang senang. Tapi bagi mereka yang pernah melalui pasti setuju dengan apa yang saya katakan.

Saya pernah hampir bangkrap, disenaraihitamkan (CTOS) dan kehilangan hampir semua yang saya ada. Sehingga kini masih didalam CTOS walaupun sudah diselesaikan. Juga pernah mengalami krisis rumahtangga disebabkan kealpaan saya menguruskan rezeki yang Allah bagi. Saya tahu ianya perit sebab saya pernah mengalaminya.

Ia bagaikan bayang-bayang ngeri yang sering mengekori saya sehingga ke hari ini. Saya tidak mahu ianya kembali berulang. Jarang untuk saya ceritakan keperitan hidup dengan sesiapa. Apa yang pasti bukan senang nak senang. Tapi kalau kita memilih untuk tidak senang, maka itulah pilihan kita. Duduklah kita ditahap itu selamanya.

Bangkit dari kegagalan merupakan satu pengalaman yang perit untuk saya. Sebab itu didalam sesi coaching, saya dapat menyelami perasaan student-student saya. Sebab saya pernah berada disituasi tersebut.

Orang hanya nampak masa kita senang. Tapi orang tak nampak macam mana kita mendaki. Sama seperti ambil gambar dipuncak Everest. Gambar dipuncak menceritakan kepuasan kita. Tapi perjalanan sampai ke puncak? Hanya Allah sahaja yang tahu. 

Malaysia di puncak Everest.
Mereka saja yang tahu keperitan yang dilalui.

Atas sebab itu saya katakan, kita diposisi memilih sama ada untuk berjaya atau tidak. Itu pilihan kita. Bukan hanya berserah. Buat pilihan dan teruskan berjalan. Kalau boleh berlari atau terbang, itu lagi bagus. 

Teruskan perjuangan kita. Yang paling penting, jaga hubungan kita dengan Allah. Pilihan ditangan kita. InSha Allah kejayaan milik kita. 

-DSR-
=====

Kisah yang ringkas, tapi aku suka. Kalau korang rasa bermanfaat, kongsikanlah artikel ni kepada kawan-kawan korang di luar sana. Setidak-tidaknya, mungkin ada yang sangat dahagakan motivasi seumpama ini dalam menuju ke arah PERUBAHAN yang mereka impikan.

Impian dan mimpi. Sama tapi tak serupa.

Senyum!

Pelaburan Hartanah - Anda Bersedia...?

1. Kebanyakkan diantara kita yang baru nak menceburi pelaburan hartanah tidak mempunyai foundation yang kukuh.

2. Apabila orang beli rumah, dia pun nak beli rumah juga. Walhal mereka tidak mempunyai asas kewangan yang kukuh.

3. Ramai yang gemar untuk cepat kaya. Kaya itu bab no.10. Yang penting capai dulu tahap bebas kewangan. Jangan mudah terikut-ikut dengan emosi.

4. Disebabkan emosi, ramai yang nak beli rumah cepat. Ramai yang nak beli rumah tanpa modal. Ramai yang nak MOF tinggi. Tak terfikir ke kalau tragedi 1997/1998 berulang?

5. Modal kita tak cukup, tapi kita malas nak buat side income. Malas nak mulakan perniagaan. Takut nak ambil sikit risiko untuk menambahkan pendapatan kita. Ini masalah. Kalau sikap macam ni, macam mana income kita nak bertambah?

6. Bila suruh buat side income mulalah pening. Tak tahu nak berniaga apa. Habis tu pergilah belajar. Yang Dr. Azizan Osman dok buat kelas free Berani Berniaga 2013 tu kenapa tak pergi? Pergilah. Dapatkan pandangan dan juga idea macam mana nak buat side income.

7. Lagi ditanya, modal tak ada. Zaman sekarang ni orang buat bisnes mana pakai modal besar. Orang nak modal kecil jadi besar untung. Belajarlah ilmu perniagaan internet kalau tak ada modal. Pergi belajar dengan Dr. Irfan Khairi. Banyak cara untuk kita jana pendapatan. Semuanya asalkan kita mahu dan nak bertindak saja.

8. Gaji kita sahaja tidak cukup untuk menampung pelaburan hartanah kita. Boleh tu boleh tapi ada hadnya.

9. Disebabkan kewangan kita tidak kukuh, kita tidak dapat menyambar peluang-peluang keemasan yang melintas didepan kita.

10. Sebagai investor, defensive dan attacking cukup penting. Perlu faham dimana kita berada. Seseorang investor itu perlu “fit” untuk berjaya.
-DSR-