Kata-kata di bawah adalah hasil coretan sifu hartanah yang terkemuka di negara kita. Aku ambil dan cedok ke sini sekadar perkongsian dan penghayatan bersama. Bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang. Tapi memang senang bila sekadar berkata-kata mahupun menulis atau menaip. Hakikatnya hanya mereka yang pernah melalui keperitan itu sahaja yang tahu bagaimana pedihnya pada ketika itu.
Kisah di bawah ini adalah hasil pengalaman beliau sendiri. Secara peribadi, aku sendiri dapat merasakan dan membayangkan situasi tersebut. Walaupun tidak secara keseluruhan, 10% sahaja pun bagi aku dah memadai untuk dijadikan pedoman dalam perjalanan hidup aku. Sejujurnya konflik sebegini sering melanda kepada mereka-mereka yang tersepit dan inginkan perubahan besar di dalam hidup mereka. Aku juga tidak terkecuali. Mungkin tidak sedahsyat si pencerita ini.
Dengar kata situasi ekonomi pada tahun 1997/98 bakal berulang kembali dalam tempoh terdekat. Betul ka? Rasanya kalau berulang kembali, apakah peratus penceraian dan konflik rumahtangga akan meningkat? Mungkin ya. Mungkin tidak. Korang boleh berfikir sewajarnya.
Apapun, kepada korang yang sudi melawat blog aku yang tak seberapa ini terima kasih daun keladi. Walaupun tiada wang ringgit yang aku peroleh, namun peningkatan trafik ke blog ini sudah memadai bagiku. Buat korang semua, aku sajikan kisah pendek si pencerita yang berkisarkan keperluan untuk kita menentukan nasib sendiri dan cabaran dalam mengimpikan perubahan.
=====
Kita memilih untuk menjadi lebih baik dari semalam dan bukannya hanya menunggu suasana mengubah kita menjadi lebih baik. Atau mungkin menunggu orang lain mengubahnya untuk kita. Kita yang harus mulakan.
Saya berkata begini bukan kerana saya seorang motivator. Ya, cakap memang senang. Tapi bagi mereka yang pernah melalui pasti setuju dengan apa yang saya katakan.
Saya pernah hampir bangkrap, disenaraihitamkan (CTOS) dan kehilangan hampir semua yang saya ada. Sehingga kini masih didalam CTOS walaupun sudah diselesaikan. Juga pernah mengalami krisis rumahtangga disebabkan kealpaan saya menguruskan rezeki yang Allah bagi. Saya tahu ianya perit sebab saya pernah mengalaminya.
Ia bagaikan bayang-bayang ngeri yang sering mengekori saya sehingga ke hari ini. Saya tidak mahu ianya kembali berulang. Jarang untuk saya ceritakan keperitan hidup dengan sesiapa. Apa yang pasti bukan senang nak senang. Tapi kalau kita memilih untuk tidak senang, maka itulah pilihan kita. Duduklah kita ditahap itu selamanya.
Bangkit dari kegagalan merupakan satu pengalaman yang perit untuk saya. Sebab itu didalam sesi coaching, saya dapat menyelami perasaan student-student saya. Sebab saya pernah berada disituasi tersebut.
Orang hanya nampak masa kita senang. Tapi orang tak nampak macam mana kita mendaki. Sama seperti ambil gambar dipuncak Everest. Gambar dipuncak menceritakan kepuasan kita. Tapi perjalanan sampai ke puncak? Hanya Allah sahaja yang tahu.
Malaysia di puncak Everest. Mereka saja yang tahu keperitan yang dilalui. |
Atas sebab itu saya katakan, kita diposisi memilih sama ada untuk berjaya atau tidak. Itu pilihan kita. Bukan hanya berserah. Buat pilihan dan teruskan berjalan. Kalau boleh berlari atau terbang, itu lagi bagus.
Teruskan perjuangan kita. Yang paling penting, jaga hubungan kita dengan Allah. Pilihan ditangan kita. InSha Allah kejayaan milik kita.
=====
Kisah yang ringkas, tapi aku suka. Kalau korang rasa bermanfaat, kongsikanlah artikel ni kepada kawan-kawan korang di luar sana. Setidak-tidaknya, mungkin ada yang sangat dahagakan motivasi seumpama ini dalam menuju ke arah PERUBAHAN yang mereka impikan.
Impian dan mimpi. Sama tapi tak serupa.
Senyum!
No comments:
Post a Comment