As salam dan salam sejahtera. Hari ni sebenarnya aku nak menceritakan satu peluang bagaimana untuk KAYA dan BEBAS KEWANGAN melalui pelaburan HARTANAH. Ya, hartanah. Corak pelaburan di Malaysia ni sebenarnya sangat banyak. Ada yang lumayan, ada yang biasa-biasa dan lain-lain. Tetapi kenapa hartanah?
Selalu kita mendengar keluhan di antara kita yang mengadu harga rumah semakin melambung tak tentu hala. Ada sesetengah kes yang berlaku di mana semua unit rumah yang baru hendak dibina sudah habis dijual. Walhal pihak pemaju baru nak menyangkul tanah. Baru nak bancuh simen. Situasi ini menyebabkan orang ramai semakin menyalahkan pelbagai pihak lain terutamanya kerajaan, pemaju dan pelabur hartanah. Persoalannya di sini, SAMPAI BILA NAK MENGELUH? Cubalah kita tanya kepada diri kita sendiri (termasuk aku ni), "mengapa tidak aku belajar bagaimana membuat pelaburan hartanah?". Aku rasa itulah yang dapat menghentikan aku dan korang semua dari terus mengeluh. Sebenarnya pelaburan hartanah adalah pelaburan yang paling mudah, selamat, unik dan berbaloi (itu kata diorang). Ia merupakan pelaburan yang mengambil masa yang pendek tetapi memberikan pulangan yang sangat besar.
Cuba korang fikir, macam mana nak kumpulkan RM100,000.00 dalam masa 18 bulan. Kalau kita menabung pun rasa-rasanya sebulan kene simpan RM5,000.00 ++. Agak-agak gaji kita kene ada berapa ek supaya dapat simpan RM5,000.00 sebulan? Kalau menyimpan RM5,000.00 dalam ASB pun, rasanya tak jejak 100k tu dalam tempoh 18 bulan. Bagaimanapun ada diantara kita telah membuktikan bagaimana nak jana wang dengan pantas melalui pelaburan hartanah. Ya, memang ada. Kalau korang belum pernah dengar, nantikan post akan datang. Akan aku ceritakan bagaimana beliau terjun di dalam pelaburan ini hanya berbekalkan RM2,000.00 dan menghasilkan asetnya yang terkini sebanyak RM5 JUTA. Hehehe
Owhh.. Bos panggil jap. Nantilah aku cerita k.
Adios
No comments:
Post a Comment