So hari ni aku bercadang nak merekodkan sedikit makluman kepada perniagaan aku yang telah diberi nafas baru. Kalau korang pernah mengikuti blog ni, pasti korang akan tahu apa yang aku buat untuk menambah pendapatan aku. Buat korang yang tak tahu, aku hanyalah orang yang biasa-biasa yang berpendapatan tetap atau bahasa kampung aku makan gaji. Pada asalnya aku terjebak ke dunia perniagaan dan pelaburan kerana nak menambah pendapatan/kaya. Namun setelah hampir setahun aku di dalam dunia ini, baru aku sedar betapa berniaga ini bukan sekadar nak kaya. Ianya lebih dari itu dan aku mula merasai kebenaran sabda Rasulullah s.a.w yang mengatakan 9/10 rezeki berpunca dari perniagaan. Kerana berniaga aku mampu:
1. Menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan.
2. Otak aku sentiasa berfikir akan halatuju perniagaan dan kaedah yang akan/perlu aku laksanakan.
3. Meyakini kebenaran sabda Rasulullah s.a.w.
4. Mulai merasai perubahan akan kepadatan rutin harian aku.
5. Membantu aku mengikis rasa/sikap malas sedikit demi sedikit.
6. Mendapat kenalan baru yang penuh dengan aura positif dan bersemangat.
7. Mulut aku selalu bising sebab aku banyak kerja, tetapi dalam masa yang sama aku rasa seronok sebenarnya.
Ini adalah antara apa yang aku rasa di sepanjang aku mula menceburi bidang perniagaan ini sedikit demi sedikit. Aku pasti ramai yang di luar sana mengalami situasi yang sama/hampir sama mengikut situasi masing-masing.
Ok. Itu serba sedikit pembuka kata dari aku. Panjang lah pulak. Orait. Cut the crap. Berhubung perniagaan kereta sewa aku, kini telah diberi nafas baru. Macam mana tu? Hehehe. Semalam aku telah duduk semeja dengan salah seorang pengusaha kereta sewa yang berpengaruh di Malaysia ni. Yup. Tak tipu. Tetapi identiti dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Hasil dari perjumpaan tersebut, persetujuan telah dibuat untuk meng'ejas' beberapa perkara di dalam perniagaan aku termasuklah strategi marketing, operasi, pentadbiran, halatuju dan lain-lain. Dengan hasil usahasama ini bakal melonjakkan sale aku sehingga 200% atau mungkin lebih lagi. Woww.. Banyak tu.
Dalam masa yang sama juga syarikat aku telah menerima beberapa rakan kongsi (partner) yang mana mereka telahpun berikrar dan bersumpah setia akan tetap memperjuangkan kelangsungan perniagaan ini. Mereka juga turut memotong jari kelingking sebagai tanda taat setia kepada aku selaku peneraju projek ini (yang ni aku kencing korang). Kalau dulu aku seorang, sekarang ini dah berkumpulan. Alhamdulillah, senang sikit la keje aku lepas ni. Syarikat aku juga bakal menerima sejumlah besar kenderaan untuk diuruskan secara berperingkat. Sejumlah besar? Besar macam mana tu? Besar yang aku maksudkan tu adalah jumlah kereta antara 10 - 30 biji kereta. Fuuhhh.. Bagi menyesuaikan dengan pelaksanaan dasar baru ekonomi syarikat aku, beberapa langkah berikut juga bakal diambil untuk menampilkan perkhidmatan kereta sewa yang lebih profesional.
1. Menukar nama perniagaan. Ada pihak mendakwa nama perniagaan OMG Car Rental ni klakar (Kuajaq. Punya lama aku pikir nak dapat nama ni tau tak).
2. Membina laman web dwi-bahasa yang lebih profesional. Mengandungi butir-butir kenderaan, harga, online booking, testimoni, call centre, perkhidmatan online/credit card payment dan lain-lain yang difikirkan wajar.
3. Mengupah pekerja untuk bahagian operasi dan marketing. Kemudian barulah bahagian tadbir secara berperingkat.
4. Yang lain-lain semua rahsia syarikat. Hahaha.
So, itulah nafas baru yang bakal melonjakkan nama perniagaan aku di mata dunia. Fuuhhh.. Mungkin ada antara korang yang merasakan ke'poyo'an aku untuk menceritakan semua ini. Tetapi yakinlah bahawa di luar sana pasti ada mereka-mereka yang sangat dahagakan ilmu dan pengalaman malah peluang sebegini. Mungkin juga akan ada pihak yang mengakui bahawa perubahan itu perlu dalam menambah baikkan sesuatu perkara. Tak gitu?
Ok lah. Sampai kita ketemu lagi.
Senyum!
Adios...