Aku rasa korang mesti pernah pakai kad kredit kan? Plastik ajaib yang boleh mengiyakan hampir apa sahaja mengikut kehendak kita. Dulu aku pernah pakai kad ni sampai melebihi had limit. Atas kesedaran dan pengajaran pada ketika itu, aku telah berusaha membuat bayaran bulanan secara konsisten dan alhamdulillah selama setahun setengah ni aku dah berjaya mengurangkan baki tertunggak lebih dari 50%.
Jadi dikesempatan ini aku nak berkongsi dengan korang satu kaedah yang diajar oleh sifu aku tentang tips bagaimana mendidik diri kita untuk menggunakan kad ni dengan berhemah. Moga-moga kita semua beroleh manfaat dari perkongsian ini.
-----
TIPS PENGGUNAAN KAD KREDIT
2) Kalau urgent sangat nak guna duit nak beli peti ais ke, TV ke, tapi tak ada duit, maka gunalah credit card tu. Dan kalau anda terpaksa berhutang dangan credit card, try la buat INSTALLMENT dengan kedai selama 12 bulan INTEREST FREE (0% interest). Sekarang ni banyak kedai yang offer.
3) Kalau kedai tu tak offer installment, cuba-cubalah tanya CREDIT CARD CUSTOMER SERVICE anda kalau dia ada offer INSTALMENT / EASY PAYMENT / ETC selama 6 bulan,12bulan,24 bulan atau 36 bulan. Check berapa HANDLING FEE :- 3% (12bulan),4% (24 bulan) atau 5.5% (36 bulan).
4) Katakanlah kalau anda ada banyak baki tertinggal dalam credit card tu, maka, trylah check credit card lain yang OFFER BALANCE TRANSFER yang interest RENDAH malah 0% interest pun ada. Ada banyak, tinggal nak cari je. Cari sampai jumpa, then apply credit card tu, then terus buat balance transfer. Tapi dengan SYARAT, JANGAN APPLY CREDIT CARD LAIN PASTU DITAMBAH HUTANG LAGI.
5) Cubalah BAYAR IN FULL the STATEMENT BALANCE setiap bulan untuk avoid interest, sebab setiap credit card offer about 20 days interest free period.
6) Kalau apply CreditCard, apply la yg tak ada ANNUAL FEE. Ataupun yang ada first year NO ANNUAL FEE ke, etc. Masuk tahun kedua, langsaikan hutang, dan tutuplah credit card tu, …Atau, masuk tahun kedua, call and minta WAIVE annual fee.
No comments:
Post a Comment