Syukur...

Alhamdulillah. Rezeki di bulan Ramadhan agaknya. Setakat hari ni semua kereta aku sold out. 3 biji Perodua Alza dan 2 biji Proton Exora semuanya dah dibooking untuk tempoh sebulan sehingga awal September nanti. Nampak gaya bisnes kereta sewa ni boleh tahan jugak bagi seorang newbie yang macam aku ni.
So far, apa yang aku pelajari dari perniagaan ni adalah network memang penting. Sebab apa? Beberapa biji kereta sewa yang aku ada sebenarnya bukan disewa dari customer yang direct dengan aku tapi melalui member aku. Dia pun buat bisnes kereta sewa juga malah lebih dahsyat dari aku. Cuma dia menerima permintaan kereta sewa yang dia takda, so dia sebat kereta aku. Kira ok la kan. Income dibahagikan kepada dua. 20% dapat kat dia sebab itu customer dia dan 80% lagi aku dapat la sebab kereta aku kan. Kalau sebulan customer bayar RM2,000 untuk sebiji kereta maknanya kat situ aku dah dapat RM1,600. Bayangkan la kalau beberapa biji kereta yang disewakan dengan nilai yang sama. MASYUUKKKK..

Bukan la aku nak cerita kehebatan mahupun kehandalan. Apapun aku masih lagi berpijak di bumi yang nyata kerana aku sekadar newbie di arena perniagaan. Cuma apa yang aku nak kongsikan di sini, kita kene berani la sikit untuk memulakan perniagaan biarlah kita bermula dengan merangkak sekalipun. Sampai masa bila dah dapat tempo, In Sya Allah urusan pun akan semakin mudah. Pesan seorang Guru, berniaga ni mula-mula memang seronok sebab duit masuk. Sampai masa nanti bila masalah dah mula datang, jangan berputus asa. Sebab sekiranya kita berjaya mengharungi dugaan, biasanya rezeki akan melimpah selepas itu.

Aku nak berjaya dalam perniagaan ni. Amin...

Permulaan Pendakian...

Agak lama juga aku tak berblogging di sini. Bukan takda idea, apatah lagi tak sudi. Cuma kebelakangan ini agak bz sikit. Al maklumlah, banyak juga perkara yang nak dibuat. Terutamanya kepada projek kereta sewa yang baru aku mulakan ni.
Secara rasminya projek ni aku mulakan sejak 1 Jul 13. Masih lagi newbie. Pun begitu aku mengikuti perkembangan dan potensi dunia perniagaan kereta sewa ni lebih kurang setahun lebih jugak. Bermula dari perkenalan dengan tokey-tokey kereta sewa, melihat kesungguhan dan kejayaan mereka membuatkan aku tergerak hati untuk mendalami ilmu perniagaan ni. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk memulakan pendakianku di dalam dunia perniagaan dengan lebih serius.

Berbekalkan beberapa biji kereta tempatan dan berkongsi aset bersama rakan-rakan, syukur Alhamdulillah. Pendapatan 4 angka untuk 18 hari yang pertama ini, telah melepasi paras installment semua aset-aset aku. Lepas ni kaut untung saja lah. Mungkin rezeki Ramadhan yang penuh barakah. Aku hanya menumpang saja.

Alza 1.5 (A)


Myvi 1.3 (A)

Aku akui sebagai seorang newbie, banyak lagi yang perlu aku pelajari dan alami sebagai bekalan untuk aku menempuh dugaan yang lebih mencabar dan aku sangat pasti, dugaan itu pasti datang. Aku berdoa semoga dikurniakan keselamatan, kesihatan, keberkatan, kekuatan, kesabaran dan kecerdasan dalam memperkasakan dan kelestarian perniagaan ini. In Sya Allah.

Pesan Sifoo...

Diantara ciri-ciri usahawan yang bakal GAGAL ialah berkira dengan perniagaan sendiri. Ramai yang tahu bahawa duit perniagaan adalah bukan duit kita. Sememangnya itu harus kita patuhi. 

Pun begitu tidak semua yang sepatutnya kita claim, kita perlu claim. Mementingkan gaji untuk diri sendiri berbanding membangunkan perniagaan. 

Contoh, jika pendapatan perniagaan bulan ini RM10000. Gaji dan liabiliti untuk pemilik perniagaan adalah RM10000. Maka pemilik syarikat membedal kesemuanya RM10000 tersebut menjadikan baki didalam akaun perniagaan menjadi kosong.

Tidak salah tindakan ini, tetapi ia menjadikan syarikat itu tidak berkembang. Seharusnya pemilik dan peniagaan harus bersatu. Dimana pengorbanan besar pemilik perniagaan adalah dituntut. Ini adalah asam garam untuk mengembangkan perniagaan.

Jika masih ada mentaliti ini bermakna lebih baik pemilik tadi bekerja makan gaji atau jadi salesman sahaja. Cari duit untuk perut sendiri hari ini dan bukannya membina masa depan.

Untuk membina perniagaan bertaraf jutawan bukanlah satu kerja yang mudah. Perlukan pengorbanan yang besar. Perlu menganggap menjalankan perniagaan ini sebagai satu perjuangan. 

-DSR-

Gaya.. Mutu.. Keunggulan...

Sedang aku melayari internet, terpampang artikel ini seakan-akan menarik perhatian aku untuk mendalami isinya. Ya. Aku suka dengan cara penyampaian Si Pencerita ni macam sedang berborak di kedai kopi pulak. Isinya tak berat, cukup sekadar pengisian cerita ketika kita sedang berborak kosong dengan kawan. Kisahnya begini.

Barangkali ramai yang CEMBURU melihat bos.

Gaji besar. Kereta besar. Rumah besar.

Kita yang di bawah ni lah yang kene kerja keras. Bos tahu nak siap sahaja. Seronok jadi bos kan. Kaya. Hidup senang. Tiada masalah nak pergi melancong tiap-tiap tahun dengan keluarga.

Tetapi,

HAKIKATnya tiada siapa yang tahu.

Kita selalu tengok 'kekayaan' dari simbol GAYA, MUTU, KEUNGGULAN.

Dia pakai kereta sport BMW. (Hutang kereta tu berapa lama?)

Rumah dia besar. Banglo 8,000 kaki persegi. (Berapa bayar hutang rumah sebulan?)

Kad Kredit Platinum. (Berapa baki hutang kad kredit dia?)

Beg tangan Prada. (Beli tunai ke hutang tu?)

Anak kahwin buat di hotel. (Hutang lagi?)

Yang kita nampak tu simbol kekayaan. Beban. Banyak yang dibeli dengan berhutang. Tunggu lah ketika usia persaraan makin dekat. Bila pencen hanya kira gaji hakiki akhir. Elaun sudah tiada. Bila gaji bulan-bulan sudah tiada. Hanya tinggal duit KWSP. Tersentap atau boleh rileks lagi?

Kalau kita masih dapat tersenyum menjelang usia persaraan, kita dah buat perkara yang betul waktu kita muda. BERUNTUNGlah kita.

-Pakdi-

Lubuk Duit di Melaka...

Sedikit fakta tentang pelaburan di Melaka untuk perkongsian bersama. 

Kerajaan negeri kini sangat serius menjadikan Melaka sebagai pusat pelancongan nasional bertemakan "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia". Bilion ringgit telah dilaburkan bagi membangunkan pelbagai projek-projek di Melaka untuk menarik lebih ramai pelancong.  Antaranya:

1. Melaka River Cruise.
2. Pengindahan Sungai Melaka.
3. Melaka Wonderland.
4. Menara Taming Sari.
5. Taman Botani Melaka dan 
6. lebih daripada 25 muzium di negeri ini

7. Melaka Jurassic Park dan Sea World bernilai RM300 juta yang bakal menampilkan kira-kira 200 spesis model dinosaur yang akan kelihatan seperti hidup dan  bergerak dengan menggunakan sistem hidraulik dan komponen elektronik. Ia akan menjadi yang pertama seumpamanya di Asia.

8. RM30 juta Melaka Bird Aviary (dijangka menarik kira-kira 500,000 pelancong setahun). Ia juga menawarkan kepada pelancong peluang untuk berjalan ke dalam hutan hujan tropika yang diselenggarakan dengan baik digabungkan dengan flora dan fauna dan indah yang sangat sesuai untuk tujuan pelancongan di Malaysia.

Pada tahun 2012, Malaysia menyaksikan kemasukan pelancong dari seluruh dunia sebanyak 25 juta, di mana 13.7 juta sahaja telah melawat Melaka berbanding dengan 12.1 juta pada tahun 2011.

Projek pelancongan Melaka memberi manfaat kepada semua!

Kalau korang nak tau lebih lanjut, boleh klik kat SINI.

#Nampaknya peluang untuk memulakan projek Homestay dan Kereta Sewa di sana akan bertambah cerah. In Sya Allah.