Gaya.. Mutu.. Keunggulan...

Sedang aku melayari internet, terpampang artikel ini seakan-akan menarik perhatian aku untuk mendalami isinya. Ya. Aku suka dengan cara penyampaian Si Pencerita ni macam sedang berborak di kedai kopi pulak. Isinya tak berat, cukup sekadar pengisian cerita ketika kita sedang berborak kosong dengan kawan. Kisahnya begini.

Barangkali ramai yang CEMBURU melihat bos.

Gaji besar. Kereta besar. Rumah besar.

Kita yang di bawah ni lah yang kene kerja keras. Bos tahu nak siap sahaja. Seronok jadi bos kan. Kaya. Hidup senang. Tiada masalah nak pergi melancong tiap-tiap tahun dengan keluarga.

Tetapi,

HAKIKATnya tiada siapa yang tahu.

Kita selalu tengok 'kekayaan' dari simbol GAYA, MUTU, KEUNGGULAN.

Dia pakai kereta sport BMW. (Hutang kereta tu berapa lama?)

Rumah dia besar. Banglo 8,000 kaki persegi. (Berapa bayar hutang rumah sebulan?)

Kad Kredit Platinum. (Berapa baki hutang kad kredit dia?)

Beg tangan Prada. (Beli tunai ke hutang tu?)

Anak kahwin buat di hotel. (Hutang lagi?)

Yang kita nampak tu simbol kekayaan. Beban. Banyak yang dibeli dengan berhutang. Tunggu lah ketika usia persaraan makin dekat. Bila pencen hanya kira gaji hakiki akhir. Elaun sudah tiada. Bila gaji bulan-bulan sudah tiada. Hanya tinggal duit KWSP. Tersentap atau boleh rileks lagi?

Kalau kita masih dapat tersenyum menjelang usia persaraan, kita dah buat perkara yang betul waktu kita muda. BERUNTUNGlah kita.

-Pakdi-

No comments: