Sebuah perkongsian dari Dr. Shah Razali.
Berpuasa yang saya maksudkan disini adalah menahan diri dari perbelanjaan mewah, perbelanjaan yang tidak ada kepentingan, dan mengenepikan kehendak untuk sesuatu tempoh yang tertentu.
Disebabkan ketiadaan semangat atau kesanggupan untuk berkorban ini ramai yang terpaksa bekerja bertahun-tahun semata-mata untuk membayar hutang.
Hutang yang keliling pinggang juga menjadi penyebab utama kenapa prestasi kerja seseorang itu merudum. Masakan tidak, setiap bulan dapat gaji semuanya digunakan untuk membayar hutang.
Ini menjadikan hidup seseorang itu lebih stress dan membawa kepada tindakan-tindakan yang tidak rasional seperti yang sering kita dengar dan baca di media massa.
Ramai yang ingin merubah situasi tersebut. Namun ramai diantara mereka memilih untuk perubahan yang drastik. Tidak mahu bekorban masa dan tenaga. Mereka memilih untuk menyertai skim-skim cepat kaya yang kononnya boleh memberikan kehidupan yang lebih baik buat mereka.
Ini adalah faktor kenapa saya sering katakan ilmu duit itu sangat penting. Kegagalan memahami ilmu duit akan menyebabkan hidup kita tidak tentu arah.
Amal ibadat tidak dapat dilakukan secara sempurna dek kerisauan yang melampau, rumahtangga sudah tidak lagi harmoni dan kerengangan wujud didalam keluarga.
Adakah aku telah bersedia...??
No comments:
Post a Comment