As salam dan salam sejahtera. Ingat lagi tak aku ada cerita kat
LINK INI? Ok. Mamat yang aku maksudkan tu adalah Saudara Faizul Redzuan, penulis buku WTF? 23 Property by 30. Sekarang ni rasanya dah ada versi BM kot. Apa yang istimewanya mamat ni? Beliau telah menceburkan diri dalam pelaburan hartanah ni sejak beberapa tahun yang dulu (tak ingat pulak tahun bila dia start) dengan bermodalkan hanya RM2,000.00. Macam mana dia buat? Aku rasa baik korang dapatkan buku dia. Dalam tu dia ada cerita panjang lebar macam mana di melabur. Bermula dia dari bujang, sampailah dah beranak bini. Dalam masa yang sama jugak, dia ni merupakan pekerja sepenuh masa (9am-5pm) dengan salah sebuah foreigner bank terkemukan di Malaysia. So, apa specialnya pulak aku dok cerita pasal dia ni?
|
Ni la Faizul Ridzuan |
|
Menandatangani karya beliau untuk peminat aka pembaca |
|
Faizul dalam temuramah bersama Astro Awani |
Untuk maklumat korang semua, beliau dan rakan-rakan akan mengadakan seminar hartanah yang diberi jolokan "
Seminar 7 Hari WTF? Sarjana Hartanah" dengan motto "
Kuasai Ilmu Pelaburan Hartanah Jutawan Muda Dalam Masa 7 Hari". Apa secialnya seminar ni? Mereka meyakini bahawa sekiranya korang join seminar ni, korang akan keluar dalam keadaan bersedia untuk pelaburan hartanah dan mereka juga memberi jaminan pulangan wang dalam masa 30 hari kalau korang rasa buang masa join seminar ni.
Seminar 7 hari ni akan diadakan pada 22 - 30 Jun 13 bertempat di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya. Seminar yang dilaksanakan dengan 2 fasa iaitu 2 hari di Putrajaya (22 & 30 Jun 13) dan 5 hari secara online. Banyak skop yang akan dikongsikan oleh beliau dan juga beberapa pelabur hartanah lain (peringkat dewa) di Malaysia ni berdasarkan daripada pengetahuan dan pengalaman (real case study) mereka sendiri. Menariknya, ada 20 biasiswa untuk peserta yang layak untuk dimiliki. Maknanya free la kan? So kepada sesiapa yang berminat, korang boleh la klik
LINK NI atau klik saja iklan kat sebelah kanan atas blog ni.
Orang kata sebelum nak membuat sesuatu pelaburan, buatlah pelaburan ilmu dahulu. Aku rasa ada benarnya jugak dan aku pasti korang pun setuju dengan statement tu. Oklah, dekat setengah jam jugak aku menuang ni. Sambung keje balik.
Adios
No comments:
Post a Comment