Akhirnya...

Assalamualaikum. Kebelakangan ini aku telah menerjah beberapa jenis peluang perniagaan. Saja nak mencari ilmu dan mendapatkan keserasian dalam perniagaan. Macam-macam aku buat. Dari MLM sampai la ke perniagaan komvensional. Ada yang online dan ada yang offline. Namun setelah setahun lebih aku buat kerja-kerja ni, akhirnya aku telah membuat keputusan. Hanya satu segmen sahaja yang akan aku teruskan. Ya. Satu saja. Kenapa? Sebab aku tak menang tangan bila buat semua. Kalau aku teruskan juga pun mungkin akan mengundang padah suatu masa nanti.
Aku kini hanya mengekalkan perniagaan kereta sewa aku dan perniagaan ini di bawah segmen perkhidmatan dan permotoran. Makna kata selagi perniagaan itu melibatkan perkhidmatan dan kereta, aku akan cuba untuk mendalami seterusnya menzahirkan perniagaan tersebut. Setakat ini ada 3 jenis perniagaan yang sedang dirancang dan akan dilaksanakan (mengikut fasa).

     1.   Perkhidmatan Kereta Sewa (Klik SINI atau SINI).
     2.   Pembekal Alat Ganti Kenderaan (Toyota dan Perodua).
     3.   Perkhidmatan Cuci Kenderaan.

Ya. Itu adalah impian aku. Setakat ini kereta sewa dan bermula. Walaupun baru 2 bulan tetapi sangat memberangsangkan. Aku pon pada mulanya tak sangka tapi kebelakangan ini rezeki melimpah ruah. Lebih daripada jangkaan aku. Sungguh benar janji Tuhan. Dalam kesempitan kita diuji agar berusaha mengejar kesenangan. Walaupun aku ni tidak lah sesenang mana namun jalan tu aku dah nampak. Cuma tinggal perlaksanaannya saja.

Bagaimanapun aku masih mengekalkan matlamat utama aku. Perniagaan ini aku gunakan sebagai sokongan kepada pelaburah hartanah sebagai aset untuk kesenangan di usia persaraan. Nampaknya jalan yang aku pilih ni bukan jalan yang mudah. 9/10 adalah punca rezeki adalah melalui perniagaan. Maknanya pulangan yang bakal diterima adalah 9 kali ganda daripada pekerja makan gaji. Namun aku percaya 9 kali ganda jugalah cabaran yang bakal aku tempuh di sepanjang jalan ini. Aku berdoa agar diberikan kekuatan dan ketabahan serta kejayaan dunia dan akhirat dalam mengejar visi dan misi aku. 

Doakan lah ya..

Senyum..

Wa salam.. 

Oowhh...

Assalamualaikum. Lama sudah aku tak menjengah ke dalam blog kesayangan ini. Tempat untuk aku meluahkan apa yang aku rasa dalam hati ini dan dizahirkan ke alam maya untuk panduan bagi diri sendiri dan kepada mereka yang berminat. Ya. Mungkin aku syok sendiri. Mungkin juga ada di luar sana yang teringin memiliki blog sendiri, lalu menjadikan blog aku ni sebagai panduan untuk mereka. Mungkin kan? Di dalam kita melaksanakan sesuatu perkara, latih lah diri kita untuk sentiasa bersangka baik dan sentiasa positif. Bak kata Prof Dr Muhaya, minda bawah sedar yang positif akan sentiasa menarik perkara-perkara dan orang-orang yang positif di sekeliling kita lalu bersama-sama dengan kita. Best kan?

Bulan Nov 2013 ini merupakan bulan kedua penstrukturan perniagaan aku. Dalam tempoh 2 bulan ini banyak perkara yang berlaku namun tidak semua mengikut jadual yang telah dirancangkan. Maklum lah, bila bekerja sambil berniaga ni masa dan tindakan agak terhad sedikit. Namun, itu bukan lah satu masalah yang besar kan? 

Cabaran di dalam menguruskan perniagaan kereta sewa ini rupanya tidaklah semudah yang disangka. Berurusan dengan manusia yang sentiasa berubah-ubah, citarasa yang berlainan dan sikap yang tidak menentu juga boleh memberikan sedikit kesan ke atas perniagaan ini. Banyak juga masa dihabiskan untuk memastikan pengurusan perniagaan ini berjalan dengan lancar. Semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menuju kejayaan.

Senyum...


Nafas Baru...

Assalamualaikum. Agak lama aku tak post sesuatu yang 100% hasil air tangan aku dalam coretan di dalam blog ni. Selalunya aku akan copy beberapa artikel dan aku ubah suai sedikit. Kadang-kadang tu aku tak ubah langsung, cuma meletakkan hak milik siapa artikel itu.
So hari ni aku bercadang nak merekodkan sedikit makluman kepada perniagaan aku yang telah diberi nafas baru. Kalau korang pernah mengikuti blog ni, pasti korang akan tahu apa yang aku buat untuk menambah pendapatan aku. Buat korang yang tak tahu, aku hanyalah orang yang biasa-biasa yang berpendapatan tetap atau bahasa kampung aku makan gaji. Pada asalnya aku terjebak ke dunia perniagaan dan pelaburan kerana nak menambah pendapatan/kaya. Namun setelah hampir setahun aku di dalam dunia ini, baru aku sedar betapa berniaga ini bukan sekadar nak kaya. Ianya lebih dari itu dan aku mula merasai kebenaran sabda Rasulullah s.a.w yang mengatakan 9/10 rezeki berpunca dari perniagaan. Kerana berniaga aku mampu:

1.   Menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan.

2.   Otak aku sentiasa berfikir akan halatuju perniagaan dan kaedah yang akan/perlu aku laksanakan.

3.   Meyakini kebenaran sabda Rasulullah s.a.w.

4.   Mulai merasai perubahan akan kepadatan rutin harian aku.

5.   Membantu aku mengikis rasa/sikap malas sedikit demi sedikit.

6.   Mendapat kenalan baru yang penuh dengan aura positif dan bersemangat.

7.   Mulut aku selalu bising sebab aku banyak kerja, tetapi dalam masa yang sama aku rasa seronok sebenarnya.

Ini adalah antara apa yang aku rasa di sepanjang aku mula menceburi bidang perniagaan ini sedikit demi sedikit. Aku pasti ramai yang di luar sana mengalami situasi yang sama/hampir sama mengikut situasi masing-masing.

Ok. Itu serba sedikit pembuka kata dari aku. Panjang lah pulak. Orait. Cut the crap. Berhubung perniagaan kereta sewa aku, kini telah diberi nafas baru. Macam mana tu? Hehehe. Semalam aku telah duduk semeja dengan salah seorang pengusaha kereta sewa yang berpengaruh di Malaysia ni. Yup. Tak tipu. Tetapi identiti dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Hasil dari perjumpaan tersebut, persetujuan telah dibuat  untuk meng'ejas' beberapa perkara di dalam perniagaan aku termasuklah strategi marketing, operasi, pentadbiran, halatuju dan lain-lain. Dengan hasil usahasama ini bakal melonjakkan sale aku sehingga 200% atau mungkin lebih lagi. Woww.. Banyak tu.

Dalam masa yang sama juga syarikat aku telah menerima beberapa rakan kongsi (partner) yang mana mereka telahpun berikrar dan bersumpah setia akan tetap memperjuangkan kelangsungan perniagaan ini. Mereka juga turut memotong jari kelingking sebagai tanda taat setia kepada aku selaku peneraju projek ini (yang ni aku kencing korang). Kalau dulu aku seorang, sekarang ini dah berkumpulan. Alhamdulillah, senang sikit la keje aku lepas ni. Syarikat aku juga bakal menerima sejumlah besar kenderaan untuk diuruskan secara berperingkat. Sejumlah besar? Besar macam mana tu? Besar yang aku maksudkan tu adalah jumlah kereta antara 10 - 30 biji kereta. Fuuhhh.. Bagi menyesuaikan dengan pelaksanaan dasar baru ekonomi syarikat aku, beberapa langkah berikut juga bakal diambil untuk menampilkan perkhidmatan kereta sewa yang lebih profesional.

1.   Menukar nama perniagaan. Ada pihak mendakwa nama perniagaan OMG Car Rental ni klakar (Kuajaq. Punya lama aku pikir nak dapat nama ni tau tak).

2.   Membina laman web dwi-bahasa yang lebih profesional. Mengandungi butir-butir kenderaan, harga, online booking, testimoni, call centre, perkhidmatan online/credit card payment dan lain-lain yang difikirkan wajar.

3.   Mengupah pekerja untuk bahagian operasi dan marketing. Kemudian barulah bahagian tadbir secara berperingkat.

4.   Yang lain-lain semua rahsia syarikat. Hahaha.

So, itulah nafas baru yang bakal melonjakkan nama perniagaan aku di mata dunia. Fuuhhh.. Mungkin ada antara korang yang merasakan ke'poyo'an aku untuk menceritakan semua ini. Tetapi yakinlah bahawa di luar sana pasti ada mereka-mereka yang sangat dahagakan ilmu dan pengalaman malah peluang sebegini. Mungkin juga akan ada pihak yang mengakui bahawa perubahan itu perlu dalam menambah baikkan sesuatu perkara. Tak gitu?

Ok lah. Sampai kita ketemu lagi.

Senyum!

Adios... 





Kita Memilih, Bukan Dipilih...

Kata-kata di bawah adalah hasil coretan sifu hartanah yang terkemuka di negara kita. Aku ambil dan cedok ke sini sekadar perkongsian dan penghayatan bersama. Bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang. Tapi memang senang bila sekadar berkata-kata mahupun menulis atau menaip. Hakikatnya hanya mereka yang pernah melalui keperitan itu sahaja yang tahu bagaimana pedihnya pada ketika itu.

Kisah di bawah ini adalah hasil pengalaman beliau sendiri. Secara peribadi, aku sendiri dapat merasakan dan membayangkan situasi tersebut. Walaupun tidak secara keseluruhan, 10% sahaja pun bagi aku dah memadai untuk dijadikan pedoman dalam perjalanan hidup aku. Sejujurnya konflik sebegini sering melanda kepada mereka-mereka yang tersepit dan inginkan perubahan besar di dalam hidup mereka. Aku juga tidak terkecuali. Mungkin tidak sedahsyat si pencerita ini.

Dengar kata situasi ekonomi pada tahun 1997/98 bakal berulang kembali dalam tempoh terdekat. Betul ka? Rasanya kalau berulang kembali, apakah peratus penceraian dan konflik rumahtangga akan meningkat? Mungkin ya. Mungkin tidak. Korang boleh berfikir sewajarnya. 

Apapun, kepada korang yang sudi melawat blog aku yang tak seberapa ini terima kasih daun keladi. Walaupun tiada wang ringgit yang aku peroleh, namun peningkatan trafik ke blog ini sudah memadai bagiku. Buat korang semua, aku sajikan kisah pendek si pencerita yang berkisarkan keperluan untuk kita menentukan nasib sendiri dan cabaran dalam mengimpikan perubahan.

=====

Kita berada di kedudukan memilih bukan hanya tunggu untuk dipilih. Bunyinya macam angkuh. Tapi itulah hakikatnya.


Kita memilih untuk menjadi lebih baik dari semalam dan bukannya hanya menunggu suasana mengubah kita menjadi lebih baik. Atau mungkin menunggu orang lain mengubahnya untuk kita. Kita yang harus mulakan.

Saya berkata begini bukan kerana saya seorang motivator. Ya, cakap memang senang. Tapi bagi mereka yang pernah melalui pasti setuju dengan apa yang saya katakan.

Saya pernah hampir bangkrap, disenaraihitamkan (CTOS) dan kehilangan hampir semua yang saya ada. Sehingga kini masih didalam CTOS walaupun sudah diselesaikan. Juga pernah mengalami krisis rumahtangga disebabkan kealpaan saya menguruskan rezeki yang Allah bagi. Saya tahu ianya perit sebab saya pernah mengalaminya.

Ia bagaikan bayang-bayang ngeri yang sering mengekori saya sehingga ke hari ini. Saya tidak mahu ianya kembali berulang. Jarang untuk saya ceritakan keperitan hidup dengan sesiapa. Apa yang pasti bukan senang nak senang. Tapi kalau kita memilih untuk tidak senang, maka itulah pilihan kita. Duduklah kita ditahap itu selamanya.

Bangkit dari kegagalan merupakan satu pengalaman yang perit untuk saya. Sebab itu didalam sesi coaching, saya dapat menyelami perasaan student-student saya. Sebab saya pernah berada disituasi tersebut.

Orang hanya nampak masa kita senang. Tapi orang tak nampak macam mana kita mendaki. Sama seperti ambil gambar dipuncak Everest. Gambar dipuncak menceritakan kepuasan kita. Tapi perjalanan sampai ke puncak? Hanya Allah sahaja yang tahu. 

Malaysia di puncak Everest.
Mereka saja yang tahu keperitan yang dilalui.

Atas sebab itu saya katakan, kita diposisi memilih sama ada untuk berjaya atau tidak. Itu pilihan kita. Bukan hanya berserah. Buat pilihan dan teruskan berjalan. Kalau boleh berlari atau terbang, itu lagi bagus. 

Teruskan perjuangan kita. Yang paling penting, jaga hubungan kita dengan Allah. Pilihan ditangan kita. InSha Allah kejayaan milik kita. 

-DSR-
=====

Kisah yang ringkas, tapi aku suka. Kalau korang rasa bermanfaat, kongsikanlah artikel ni kepada kawan-kawan korang di luar sana. Setidak-tidaknya, mungkin ada yang sangat dahagakan motivasi seumpama ini dalam menuju ke arah PERUBAHAN yang mereka impikan.

Impian dan mimpi. Sama tapi tak serupa.

Senyum!

Pelaburan Hartanah - Anda Bersedia...?

1. Kebanyakkan diantara kita yang baru nak menceburi pelaburan hartanah tidak mempunyai foundation yang kukuh.

2. Apabila orang beli rumah, dia pun nak beli rumah juga. Walhal mereka tidak mempunyai asas kewangan yang kukuh.

3. Ramai yang gemar untuk cepat kaya. Kaya itu bab no.10. Yang penting capai dulu tahap bebas kewangan. Jangan mudah terikut-ikut dengan emosi.

4. Disebabkan emosi, ramai yang nak beli rumah cepat. Ramai yang nak beli rumah tanpa modal. Ramai yang nak MOF tinggi. Tak terfikir ke kalau tragedi 1997/1998 berulang?

5. Modal kita tak cukup, tapi kita malas nak buat side income. Malas nak mulakan perniagaan. Takut nak ambil sikit risiko untuk menambahkan pendapatan kita. Ini masalah. Kalau sikap macam ni, macam mana income kita nak bertambah?

6. Bila suruh buat side income mulalah pening. Tak tahu nak berniaga apa. Habis tu pergilah belajar. Yang Dr. Azizan Osman dok buat kelas free Berani Berniaga 2013 tu kenapa tak pergi? Pergilah. Dapatkan pandangan dan juga idea macam mana nak buat side income.

7. Lagi ditanya, modal tak ada. Zaman sekarang ni orang buat bisnes mana pakai modal besar. Orang nak modal kecil jadi besar untung. Belajarlah ilmu perniagaan internet kalau tak ada modal. Pergi belajar dengan Dr. Irfan Khairi. Banyak cara untuk kita jana pendapatan. Semuanya asalkan kita mahu dan nak bertindak saja.

8. Gaji kita sahaja tidak cukup untuk menampung pelaburan hartanah kita. Boleh tu boleh tapi ada hadnya.

9. Disebabkan kewangan kita tidak kukuh, kita tidak dapat menyambar peluang-peluang keemasan yang melintas didepan kita.

10. Sebagai investor, defensive dan attacking cukup penting. Perlu faham dimana kita berada. Seseorang investor itu perlu “fit” untuk berjaya.
-DSR-

Saya Tak Mampu Beli Rumah...


Aku selalu mendengar ramai yang mengeluh kerana tidak mampu beli rumah.

Ada juga yang menunggu harga hartanah turun. 

Apa yang aku kata kepada mereka?


Tiada apa yang boleh aku katakan. Hanya beberapa amanat dari sifu aku untuk dijadikan pedoman.

Kukuhkan kewangan sendiri, tahu produk perbankan dan tahu strategi hartanah.

=============
4 Prinsip Pelaburan Hartanah
=============

Membina aset kekayaan dengan pelaburan hartanah bukan usaha satu hari, 24 jam, atau 4 minggu.

Para pelabur hartanah jutawan faham tentang akarnya iaitu,

"Investment is all about planning."

Merancang dan merangka pelan pelaburan adalah isu kritikal.

Berikut adalah tip-tip yang betul untuk mencapai matlamat RM1,000,000 dengan pelaburan hartanah.

=============
Prinsip #1 - Aliran tunai atau nilai aset?
=============

… Ada perbezaan di antara kedua-dua ini.

Jika kita mahu aliran tunai (cashflow), gerak kerjanya lain.

Jika kita mahu nilai aset, gerak kerjanya juga berbeza.

Sebagai contoh, untuk mencapai nilai aset RM1,000,000, kita hanya perlu beli rumah bernilai RM1 juta atau beli 10 rumah bernilai RM100,000 sebuah.

=============
Prinsip #2 - Untung Semasa Beli
=============

… Pesan jutawan hartanah, "Kita buat untung semasa kita beli hartanah. Bukan semasa kita mahu jual."

Justeru itu, mempunyai kemahiran untuk mengkaji potensi itu adalah penting.

Supaya dapat mengelakkan kita daripada melakukan pembelian-pembelian yang merugikan.

=============
Prinsip #3 - Akrab Dengan Banker
=============

… Jadikan bank dan banker sebagai teman baik.

Kita akan perlukan mereka semasa proses memohon pinjaman untuk membeli rumah pelaburan.

Bina hubungan yang baik dengan orang-orang penting yang akan bantu kita bagi banyak duit.

=============
Prinsip #4 - Intelectual Buying
=============

… Jangan mudah terpengaruh dengan janji dicapati seperti, "Aku dengar cerita rumah di kawasan X bagus. Belilah!"

Pergi sendiri ke lokasi dan buat penilaian sendiri.

Jangan selamba dengar cakap orang lain. Kelak nanti kita tepuk dahi.

-DSR-

Tips Penggunaan Kad Kredit...

Aku rasa korang mesti pernah pakai kad kredit kan? Plastik ajaib yang boleh mengiyakan hampir apa sahaja mengikut kehendak kita.  Dulu aku pernah pakai kad ni sampai melebihi had limit. Atas kesedaran dan pengajaran pada ketika itu, aku telah berusaha membuat bayaran bulanan secara konsisten dan alhamdulillah selama setahun setengah ni aku dah berjaya mengurangkan baki tertunggak lebih dari 50%.

Jadi dikesempatan ini aku nak berkongsi dengan korang satu kaedah yang diajar oleh sifu aku tentang tips bagaimana mendidik diri kita untuk menggunakan kad ni dengan berhemah. Moga-moga kita semua beroleh manfaat dari perkongsian ini.

-----

TIPS PENGGUNAAN KAD KREDIT

1) Anggap credit card tu macam duit yg di pinjam dari AH LONG. Lagi banyak digunakan, lagi banyak hutang dgn Ah Long, dan lagi byk risiko akan kena kejar dengan Ah Long. Walaupun ada credit card, JANGAN BOROS. R
amai yang boros SEBENARNYA tak ada duit, tapi BERLAGAK ada banyak duit dengan menggunakan credit card. DISIPLIN, kenalah pandai CONTROL DIRI SENDIRI.

2) Kalau urgent sangat nak guna duit nak beli peti ais ke, TV ke, tapi tak ada duit, maka gunalah credit card tu. Dan kalau anda terpaksa berhutang dangan credit card, try la buat INSTALLMENT dengan kedai selama 12 bulan INTEREST FREE (0% interest). Sekarang ni banyak kedai yang offer.

3) Kalau kedai tu tak offer installment, cuba-cubalah tanya CREDIT CARD CUSTOMER SERVICE anda kalau dia ada offer INSTALMENT / EASY PAYMENT / ETC selama 6 bulan,12bulan,24 bulan atau 36 bulan. Check berapa HANDLING FEE :- 3% (12bulan),4% (24 bulan) atau 5.5% (36 bulan).

4) Katakanlah kalau anda ada banyak baki tertinggal dalam credit card tu, maka, trylah check credit card lain yang OFFER BALANCE TRANSFER yang interest RENDAH malah 0% interest pun ada. Ada banyak, tinggal nak cari je. Cari sampai jumpa, then apply credit card tu, then terus buat balance transfer. Tapi dengan SYARAT, JANGAN APPLY CREDIT CARD LAIN PASTU DITAMBAH HUTANG LAGI.

5) Cubalah BAYAR IN FULL the STATEMENT BALANCE setiap bulan untuk avoid interest, sebab setiap credit card offer about 20 days interest free period.

6) Kalau apply CreditCard, apply la yg tak ada ANNUAL FEE. Ataupun yang ada first year NO ANNUAL FEE ke, etc. Masuk tahun kedua, langsaikan hutang, dan tutuplah credit card tu, …Atau, masuk tahun kedua, call and minta WAIVE annual fee.

3 Cawangan Duit JUTAWAN...

Seorang jutawan mempunyai gaya fikir yang berbeza dengan orang biasa-biasa apabila berfikir tentang duit.

Mereka bukan sekadar diversify

Para jutawan tahu bagaimana dan di mana cawangan-cawangan duit yang berikan pulangan lumayan untuk dua jenis jangka masa:

+ Jangka masa pendek.

+ Jangka masa panjang.

Untuk bermula, kita boleh pilih 5 jenis cawangan duit yang terbukti boleh beranakkan duit:

[Cawangan #1] - Dividen

… Duit ini datangnya daripada pelaburan saham.

[Cawangan #2] - Perniagaan

… Duit daripada cawangan ini datang daripada bisnes sendiri, francais, MLM dan sewaktu dengannya.

[Cawangan #3] - Hartanah

… Duit datang daripada hasil untung sewaan berdasarkan hartanah-hartanah yang dimiliki.

Rahsia Jin...

Salam Jumaat. Semoga kita dikurniakan rahmat dari Allah s.w.t melalui keberkatan di dalam Penghulu Segala Hari.

Dalam artikel sebelum ini, belum pernah lagi aku kongsikan perkara berkaitan keagamaan dan kepercayaan. Baru-baru ni aku tertarik dengan artikel tentang makhluk ghaib yang seharusnya kita mempercayainya. Masa kecik-kecik dulu, abah selalu pasang kaset ceramah dari Ustaz Hj Ismail Kamus dan antara yang kerap dipasang adalah kisah jin ini. Kalau kami berjalan menaiki kereta pasti abah akan pasang. Dulu masa kecik aku siap hafal lagi tapi sekarang dah banyak lupa.

Jadi, dikesempatan ini aku telah meng KOPI PASTA kan (copy paste) artikel ini untuk perkongsian bersama dan mudah-mudahan beroleh manfaat darinya.

                                                           =================

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

Ustaz Hj Ismail Kamus
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. (Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa Allah murka bukan kerana Jin tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam tetapi murka kerana Jin enggan tunduk kepada sulbi Nabi Muhammad yang dibawa Nabi Adam. Wallahualam). 

Jin pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
(terkena?? hahaha..)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin
!!!! (terkena lagi?? hahaha..)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak
perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk.


                                                             ============

Kalau ada sesiapa nak share, silakanlah. Sebab ini bukan hak cipta saya..

Keep Positive...

Apabila kita sedang berusaha untuk mencapai impian dan cita-cita kita, orang-orang yang negatif akan sentiasa berusaha untuk menjatuhkan kita. Kadang-kadang mereka bukan nak jatuhkan kita pun. Sebaliknya mereka masih belum melihat kredibiliti yang ada dalam diri kita. Yang sakitnya, orang-orang tersebut adalah orang yang sangat rapat dengan kita

Ini perkara normal yang berlaku. Oleh itu amat penting untuk pinggirkan diri dari mereka yang negatif dengan usaha kita. Pada aku senang ja. Carik seorang mentor yang boleh menarik aku ke atas tanpa melalui kepayahan yang pernah dilaluinya. Jimat masa kan?

Kita tak perlu tunjukkan kepada sesiapa. Kita berusaha bukan untuk sesiapa. Tapi untuk diri sendiri. Biarlah result yang membuktikan segalanya. 

Teruskan usaha dan fokus. Yakin pada Allah. Niat kena betul. InSha Allah segalanya akan tercapai. 

A million thanks to my mentor...

-DSR-

Rahsia Garam...

Rahsia Garam... Amalan sunnah yang tak diketahui...

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini 
dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

Hukum Dua Atas Dua - Cash Flow & Capital Gain...

Pelaburan hartanah menawarkan kelebihan dalam pelbagai sudut, iaitu:

(i) Pendapatan sewa:
Pendapatan sewa yang diterima setiap bulan daripada penyewa ialah seperti pekerja anda. Penyewa akan bekerja kuat setiap bulan untuk membayar sewa dan seterusnya menolong anda.

(ii) Keuntungan daripada kenaikan harga
Apabila anda beli hartanah pada harga RM 100,000 pada masa sekarang, dalam masa 10 tahun ia meningkat kepada RM200,000 mengikut kawasan dan pasaran. Harga hartanah akan meningkat secara beransur ansur mengikut masa disebabkan oleh inflasi serta aktiviti penawaran dan permintaan terhadap bahan-bahan mentah yang menyebabkan kos pembinaan meningkat.

Bahasa Orang Kaya...

Bahasa Orang Kaya – Perbezaan Ketara Rich dan Wealth

by AQIF AZIZAN

Apabila kita sebut tentang kekayaan, biasanya idea yang terkeluar dari minda kita diukur dari sudut-sudut yang lazim seperti:
  • Duit.
  • Rumah.
  • Kereta.
  • Perniagaan.
  • Gaya hidup.
Dalam Bahasa Inggeris, ada dua sebutan yang menjelaskan kekayaan iaitu:
  1. Rich.
  2. Wealth.
Kedua-dua sebutan ini membawa makna yang jelas berbeza. Perkataan richlebih menjurus kepada kekayaan dari sudut material. Seperti mana yang kita senaraikan sebelum ini.
Berbeza dengan wealth. Ia diukur dari pelbagai jenis dimensi.
Sebagai contoh:
  • Wealth diukur dengan kelapangan masa kita dan tidak perlu risaukan tentang duit, walaupun tidak lagi bekerja atau berniaga.
  • Wealth juga berkaitan dengan kekuatan spiritual, moral dan keakraban kita dengan Allah.
  • Wealth juga berkait rapat dengan kehidupan kita yang penuh bermakna. Seperti aktif bekerja setiap hari kerana ia adalah obsesi atau passion.

Bahasa Orang Kaya?

Untuk jadi kaya, bahasa yang sesuai diterapkan dalam diri adalah wealth danrich.
Kita tidak sekadar mahu kaya dari sudut duit. Mentaliti duit banyak pasti bahagia adalah mentaliti yang cetek. Duit semata-mata tidak akan menjamin kebahagiaan, walaupun dunia hari ini memerlukan kita untuk mempunyai amaun duit yang banyak untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Apabila kita menekankan wealth sebagai bahasa kekayaan, kita mencari jalan untuk kaya dari pelbagai dimensi, seperti:
  • Kaya harta.
  • Kaya ilmu.
  • Kaya cikgu.
  • Kaya akal.
  • Kaya moral.
  • Kaya spiritual.
  • Kaya akhirat.
  • Kaya sahabat.
Ramai yang mempunyai duit yang banyak dan berkepuk-kepuk dalam akaun banknya. Dalam masa sama, hati mereka tidak tenang kerana duit-duit itu diperoleh dari sumber yang tidak bagus.
Untuk berjaya dan kuasai bahasa orang kaya, kita adaptasi kedua-dua perkataan wealth dan rich dalam diri.
Persepsi, “Orang kaya itu orang jahat,” adalah perspektif yang melemahkan agama, bangsa dan masyarakat di Malaysia. Kekayaan hanya bergerak sebagai alat, bukan matlamat kekal.

Suara-suara Sumbang

Selain penguasaan bahasa orang kaya, satu lagi cabaran yang sentiasa terlekat dalam diri orang yang mahu jadi kaya adalah suara-suara sumbang.
Yakni suara golongan-golongan negatif yang pandang kecil terhadap usaha atau matlamat yang mahu kita kecapi. Cara untuk menangani isu ini adalah mengubahsuai persekitaran kita seperti:
  1. Senarai rakan-rakan.
  2. Tempat tinggal.
  3. Senarai orang-orang dewasa dan berpengalaman.
Orang kaya biasanya ditindas pada peringkat awal. Diri mereka diperlekeh dan ditertawa. Apabila kita hadapi situasi yang sama, jalan terus dan berusaha dengan gigih ke arah matlamat.
=========================
Korang boleh banyak lagi info dari penulis ni DI SINI.

Pernahkah Anda DIPAKSA Untuk Berjaya?

Bunyinya pelik kan? Seolah-olah satu frasa yang cuba aku gunakan untuk menarik minat korang untuk menjengah blog aku ni. Seriously, ini adalah BENAR. Aku telah dipaksa untuk berjaya.
Bulan Julai 2013 merupakan detik keramat apabila aku memulakan 2 jenis perniagaan secara serentak iaitu Kereta Sewa dan Dropship. Dalam masa yang sama juga, aku dengan rasminya telah menyertai program bimbingan terhadap penguasaan perniagaan, kewangan dan hartanah di bawah bimbingan 'wealth doctor' terkenal di Malaysia iaitu Dr Wan Shah Razali atau nama manjanya DSR.

Kenapa aku bercerita tentang program ni? Untuk pengetahuan korang, sejak aku join program ni banyak perkara yang telah aku belajar berkenaan 3 perkara asas yang telah aku nyatakan di atas dan yang menariknya komuniti yang ada bersama kami seolah-olah melahirkan satu aura positif untuk aku terus melangkah ke depan. Bimbingan yang diberikan tidak terhad melalui kelas-kelas atau perjumpaan sahaja malah melalui online jugak, mereka-mereka ini sering aku susahkan dengan soalan-soalan yang aku ketengahkan.

Bagi aku yang baru memulakan perniagaan ini, pendapatan di dalam bulan pertama tidaklah memberangsangkan sangat tetapi sebagai permulaan, aku rasa tahap yang aku capai sekarang ni dah cukup baik. Contohnya bisnes dropship, aku mulakan bisnes ni dengan modal RM200 sebab nak beli DVD dari Saudara Faisal Abdullah untuk belajar cara-cara bisnes dropship dan dalam masa 3 minggu saja aku dah dapat untung RM105. Untuk beginner macam aku ni rasanya boleh tahan jugak la.

Jadi apa yang cuba aku nak sampaikan pada korang adalah program yang aku sertai tu telah banyak membantu dalam menjana RM masuk ke poket aku. Best kan? http://bit.ly/1dc5zC3

DSR Master Class -DMC...

Alhamdulillah, Setinggi-tinggi ucapan syukur hanya padaNya. Semalam Dr Wan Shah Razali dari Shah Group telah melancarkan program terbaru beliau iaitu DSR Master Class atau nama timangannya DMC. Mungkin ada di antara korang yang tertanya-tanya siapakah gerangan manusia bernama Dr Wan Shah Razali  (DSR) ni? Apa benda pulak DSR Master Class ni?

Dr Wan Shah Razali atau nama timangannya DSR adalah Self-made Millionaire (jutawan) dalam bidang perniagaan dan pelaburan hartanah. Berpengalaman memiliki dan menguruskan lebih 60 buah hartanah yang memberikan pulangan pasif dan lumayan setiap bulan. Juga dikenali sebagai 'wealth doctor', iaitu memberikan ubat dan suntikan kepada "Insan yang ada penyakit KANSER DUIT dan mahu kuasai kekayaan harta dunia dan akhirat.

Dr Wan Shah Razali atau DSR
Pengalaman dan kejayaan beliau di dalam dunia perniagaan dan pelaburan telah memberi kesedaran untuk mendidik generasi muda bagi mengecapi status bebas kewangan melalui pengukuhan terhadap 3 asas utama iaitu KEWANGAN, PERNIAGAAN dan HARTANAH.

Pengalaman pertama bertemu beliau adalah semasa aku menghadiri Seminar Mega Hartanah Bumiputera di Shah Alam pada hujung 2012. Beliau merupakan salah seorang speaker pada ketika itu telah membuka minda kebanyakan peserta yang hadir (termasuk la aku ni) perihal kepentingan membina kekebalan kewangan melalui hartanah dan sejak itu aku telah mengikuti perkembangan beliau sehinggalah aku menjadi pelajar dengan rasminya pada Julai 2013. Kalau korang nak tahu lebih lanjut perihal mamat ni, boleh klik KAT SINI atau SINI
Pertemuan Pertama Aku dan DSR

Pertemuan Kedua Aku dan DSR
Ok, aku rasa untuk tujuan pengenalan cukup sampai situ saja. Berbalik kepada cerita asal, pelancaran program tersebut adalah sebagai salah satu platform bagi mereka yang berminat untuk mendapat bimbingan secara terus dari beliau melalui online dan offline (live - face to face). Jadi apa kelebihan program ini berbanding program-program sebelumnya?

Cover Banner DMC


Kelebihan Program DMC:

Kursus Intensif selama 3 bulan sahaja
Kuliah ini adalah kuliah advance berbanding VVIP, DIC, TPC, Diamond, Platinum dan DOA. Kuliah ini merangkumi kuliah hartanah, perniagaan dan kewangan.

Kuliah online 
Platform yang digunakan adalah Facebook secret group. Student akan belajar melalui video tutorial dan sesi menjawab soalan. Belajar ikut masa sendiri. 24/7 ! Jika student mempunyai sebarang soalan, boleh kemukakan soalan terus kepada DSR dan In Sha Allah DSR akan cuba menjawabnya.
Kuliah bulanan
Kuliah akan diadakan sekali sebulan selama 3 bulan pada hujung minggu. Gunakan platform ini sepenuhnya untuk bertanya soalan secara 'Live'.
Tesis
'Final project' bagi 'mahasiswa' DMC merupakan penyelidikan mengenai hartanah, bisnes dan kewangan yang menunjukkan 'the depth of knowledge' yang diperolehi melalui program DMC. Student perlu memilih tajuk tesis yang tidak kurang 30 muka surat ini  dan akan dipersembahkan di hadapan panel Shah Group. 

Kesimpulannya, program ni akan bimbing student/peserta untuk menjadi pakar dalam bidang yang dipilih !

Woww.. Jadi sekiranya korang berminat, KLIK SINI laju-laju sementara masih ada kekosongan. Mungkin ada promosi yang menanti dalam sehari dua ini. Selamat berjaya.

Adios...

RAHSIA Pelaburan Hartanah Terkini...

>>>Rahsia Pelaburan Hartanah Terkini<<<

Sekarang ini ramai yang tergila-gila untuk membeli hartanah. Kegilaan ini lebih menjadi gila apabila ada kumpulan yang membeli hartanah secara pukal seterusnya menjana jutaan ringgit dalam masa yang singkat.

Istilah ini lebih dikenali sebagai 'BULK PURCHASE'

Walaupun ia boleh mendatang keuntungan yang besar, namun jika tersilap langkah, membeli secara membuta tuli, padah juga akan melanda.

Membeli hartanah secara pukal sebenarnya sangat efisien, menjimatkan masa dan sangat ekonomi. Ia membolehkan penjual dan pembeli berunding dan membolehkan hartanah yang terbaik dijual dengan cepat.

==

Dengan kenaikan harga hartanah, inflasi dan kos sara hidup, ramai yang tergesa-gesa membeli hartanah kerana bimbang harga akan menjadi luar jangkauan mereka di masa hadapan.

Tidak perlu terkejut, jika ada sesetengah pemaju yang menawarkan tiada wang pendahuluan, tiada kos guaman dan siap dengan perabut diseluruh rumah. Maka, orang membeli hartanah bak pisang goreng.

Di sini letaknya.. bahaya yang mengundang kepada semua pelabur.

Namun, semuanya terletak pada ilmu dan rangkaian pelabur anda.


Kalau ramai macam ni punya ramai bikin BULK PURCHASE,
agak-agak berapa banyak diskaun boleh dapat?
                                                               =======

Ingin mengetahui RAHSIAnya? 
KLIK Sini..

                                                               =======

Let's Believe...

Perasan tak, masa kita kecik-kecik dulu kita selalu berangan-angan. Lepas tu diterjemahkan dalam tindakan yang tak seberapa. Contohnya, masa saya kecik dulu saya suka tengok cerita Batman. Kagum betul dengan peralatannya terutama pistol tali tu, alat yang rupanya macam pistol. Tembak lepas tu keluar cangkuk diikuti tali. Bila cangkuk tu sangkut kat dinding, kita boleh panjat. Saya pernah buat alat tu. Tidak la seberapa. Menggunakan pen, penutup pen, tali tangsi dan spring. Tapi tak boleh nak panjat dinding.

So, pagi ni saya nak berkongsi sebuah klip video motivasi berkisarkan tentang bagaimana kejayaan seseorang itu dipengaruhi dengan 'percaya' (believe) yang saya rasa sangat setuju dengan video ni. Ia telah dikongsikan oleh salah seorang mentor saya dan kini saya nak kongsikan dengan anda semua. Luangkan masa yang sedikit sahaja dan tonton video ni. Simple dan sangat menarik. Enjoy ya.



Entah macam mana, tak boleh link pulak video ni dari youtube. So secara alternatifnya boleh KLIK di sini ya. Tq.

Syukur...

Alhamdulillah. Rezeki di bulan Ramadhan agaknya. Setakat hari ni semua kereta aku sold out. 3 biji Perodua Alza dan 2 biji Proton Exora semuanya dah dibooking untuk tempoh sebulan sehingga awal September nanti. Nampak gaya bisnes kereta sewa ni boleh tahan jugak bagi seorang newbie yang macam aku ni.
So far, apa yang aku pelajari dari perniagaan ni adalah network memang penting. Sebab apa? Beberapa biji kereta sewa yang aku ada sebenarnya bukan disewa dari customer yang direct dengan aku tapi melalui member aku. Dia pun buat bisnes kereta sewa juga malah lebih dahsyat dari aku. Cuma dia menerima permintaan kereta sewa yang dia takda, so dia sebat kereta aku. Kira ok la kan. Income dibahagikan kepada dua. 20% dapat kat dia sebab itu customer dia dan 80% lagi aku dapat la sebab kereta aku kan. Kalau sebulan customer bayar RM2,000 untuk sebiji kereta maknanya kat situ aku dah dapat RM1,600. Bayangkan la kalau beberapa biji kereta yang disewakan dengan nilai yang sama. MASYUUKKKK..

Bukan la aku nak cerita kehebatan mahupun kehandalan. Apapun aku masih lagi berpijak di bumi yang nyata kerana aku sekadar newbie di arena perniagaan. Cuma apa yang aku nak kongsikan di sini, kita kene berani la sikit untuk memulakan perniagaan biarlah kita bermula dengan merangkak sekalipun. Sampai masa bila dah dapat tempo, In Sya Allah urusan pun akan semakin mudah. Pesan seorang Guru, berniaga ni mula-mula memang seronok sebab duit masuk. Sampai masa nanti bila masalah dah mula datang, jangan berputus asa. Sebab sekiranya kita berjaya mengharungi dugaan, biasanya rezeki akan melimpah selepas itu.

Aku nak berjaya dalam perniagaan ni. Amin...

Permulaan Pendakian...

Agak lama juga aku tak berblogging di sini. Bukan takda idea, apatah lagi tak sudi. Cuma kebelakangan ini agak bz sikit. Al maklumlah, banyak juga perkara yang nak dibuat. Terutamanya kepada projek kereta sewa yang baru aku mulakan ni.
Secara rasminya projek ni aku mulakan sejak 1 Jul 13. Masih lagi newbie. Pun begitu aku mengikuti perkembangan dan potensi dunia perniagaan kereta sewa ni lebih kurang setahun lebih jugak. Bermula dari perkenalan dengan tokey-tokey kereta sewa, melihat kesungguhan dan kejayaan mereka membuatkan aku tergerak hati untuk mendalami ilmu perniagaan ni. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk memulakan pendakianku di dalam dunia perniagaan dengan lebih serius.

Berbekalkan beberapa biji kereta tempatan dan berkongsi aset bersama rakan-rakan, syukur Alhamdulillah. Pendapatan 4 angka untuk 18 hari yang pertama ini, telah melepasi paras installment semua aset-aset aku. Lepas ni kaut untung saja lah. Mungkin rezeki Ramadhan yang penuh barakah. Aku hanya menumpang saja.

Alza 1.5 (A)


Myvi 1.3 (A)

Aku akui sebagai seorang newbie, banyak lagi yang perlu aku pelajari dan alami sebagai bekalan untuk aku menempuh dugaan yang lebih mencabar dan aku sangat pasti, dugaan itu pasti datang. Aku berdoa semoga dikurniakan keselamatan, kesihatan, keberkatan, kekuatan, kesabaran dan kecerdasan dalam memperkasakan dan kelestarian perniagaan ini. In Sya Allah.

Pesan Sifoo...

Diantara ciri-ciri usahawan yang bakal GAGAL ialah berkira dengan perniagaan sendiri. Ramai yang tahu bahawa duit perniagaan adalah bukan duit kita. Sememangnya itu harus kita patuhi. 

Pun begitu tidak semua yang sepatutnya kita claim, kita perlu claim. Mementingkan gaji untuk diri sendiri berbanding membangunkan perniagaan. 

Contoh, jika pendapatan perniagaan bulan ini RM10000. Gaji dan liabiliti untuk pemilik perniagaan adalah RM10000. Maka pemilik syarikat membedal kesemuanya RM10000 tersebut menjadikan baki didalam akaun perniagaan menjadi kosong.

Tidak salah tindakan ini, tetapi ia menjadikan syarikat itu tidak berkembang. Seharusnya pemilik dan peniagaan harus bersatu. Dimana pengorbanan besar pemilik perniagaan adalah dituntut. Ini adalah asam garam untuk mengembangkan perniagaan.

Jika masih ada mentaliti ini bermakna lebih baik pemilik tadi bekerja makan gaji atau jadi salesman sahaja. Cari duit untuk perut sendiri hari ini dan bukannya membina masa depan.

Untuk membina perniagaan bertaraf jutawan bukanlah satu kerja yang mudah. Perlukan pengorbanan yang besar. Perlu menganggap menjalankan perniagaan ini sebagai satu perjuangan. 

-DSR-

Gaya.. Mutu.. Keunggulan...

Sedang aku melayari internet, terpampang artikel ini seakan-akan menarik perhatian aku untuk mendalami isinya. Ya. Aku suka dengan cara penyampaian Si Pencerita ni macam sedang berborak di kedai kopi pulak. Isinya tak berat, cukup sekadar pengisian cerita ketika kita sedang berborak kosong dengan kawan. Kisahnya begini.

Barangkali ramai yang CEMBURU melihat bos.

Gaji besar. Kereta besar. Rumah besar.

Kita yang di bawah ni lah yang kene kerja keras. Bos tahu nak siap sahaja. Seronok jadi bos kan. Kaya. Hidup senang. Tiada masalah nak pergi melancong tiap-tiap tahun dengan keluarga.

Tetapi,

HAKIKATnya tiada siapa yang tahu.

Kita selalu tengok 'kekayaan' dari simbol GAYA, MUTU, KEUNGGULAN.

Dia pakai kereta sport BMW. (Hutang kereta tu berapa lama?)

Rumah dia besar. Banglo 8,000 kaki persegi. (Berapa bayar hutang rumah sebulan?)

Kad Kredit Platinum. (Berapa baki hutang kad kredit dia?)

Beg tangan Prada. (Beli tunai ke hutang tu?)

Anak kahwin buat di hotel. (Hutang lagi?)

Yang kita nampak tu simbol kekayaan. Beban. Banyak yang dibeli dengan berhutang. Tunggu lah ketika usia persaraan makin dekat. Bila pencen hanya kira gaji hakiki akhir. Elaun sudah tiada. Bila gaji bulan-bulan sudah tiada. Hanya tinggal duit KWSP. Tersentap atau boleh rileks lagi?

Kalau kita masih dapat tersenyum menjelang usia persaraan, kita dah buat perkara yang betul waktu kita muda. BERUNTUNGlah kita.

-Pakdi-

Lubuk Duit di Melaka...

Sedikit fakta tentang pelaburan di Melaka untuk perkongsian bersama. 

Kerajaan negeri kini sangat serius menjadikan Melaka sebagai pusat pelancongan nasional bertemakan "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia". Bilion ringgit telah dilaburkan bagi membangunkan pelbagai projek-projek di Melaka untuk menarik lebih ramai pelancong.  Antaranya:

1. Melaka River Cruise.
2. Pengindahan Sungai Melaka.
3. Melaka Wonderland.
4. Menara Taming Sari.
5. Taman Botani Melaka dan 
6. lebih daripada 25 muzium di negeri ini

7. Melaka Jurassic Park dan Sea World bernilai RM300 juta yang bakal menampilkan kira-kira 200 spesis model dinosaur yang akan kelihatan seperti hidup dan  bergerak dengan menggunakan sistem hidraulik dan komponen elektronik. Ia akan menjadi yang pertama seumpamanya di Asia.

8. RM30 juta Melaka Bird Aviary (dijangka menarik kira-kira 500,000 pelancong setahun). Ia juga menawarkan kepada pelancong peluang untuk berjalan ke dalam hutan hujan tropika yang diselenggarakan dengan baik digabungkan dengan flora dan fauna dan indah yang sangat sesuai untuk tujuan pelancongan di Malaysia.

Pada tahun 2012, Malaysia menyaksikan kemasukan pelancong dari seluruh dunia sebanyak 25 juta, di mana 13.7 juta sahaja telah melawat Melaka berbanding dengan 12.1 juta pada tahun 2011.

Projek pelancongan Melaka memberi manfaat kepada semua!

Kalau korang nak tau lebih lanjut, boleh klik kat SINI.

#Nampaknya peluang untuk memulakan projek Homestay dan Kereta Sewa di sana akan bertambah cerah. In Sya Allah.

Motivasi Diri...

Di dalam perniagaan, abaikan langau. Langau tidak akan boleh terbang seperti burung. Apa yang langau tahu hanyalah membuat bising. 

Oleh itu teruskan usaha kita. Usah pedulikan mereka yang melemahkan usaha kita. Harus diingat, susah senang kita yang tanggung, bukannya mereka datang nak tolong. Hanya pada Allah tempat kita bergantung. In Sha Allah.

Pertaruhanku...


10 Orang Terkaya Di Malaysia 2013...

Pada 16 Februari 2013 yang lalu, pihak BERNAMA telah mengeluarkan senarai penuh 20 orang yang terkaya di Malaysia untuk tahun 2013. Tidak banyak yang berubah berbanding senarai tahun lalu, hanya 2 tempat sahaja bertukar kedudukan.
bukit bintang
Jumlah aset terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia juga meningkat sebanyak 0.86% iaitu daripada RM193.2 bilion tahun 2012 kepada RM194.86 bilion pada tahun ini. Pada tahun ini jumlah bilionaire di Malaysia adalah seramai 31 orang dan dalam senarai 40 individu terkaya, 23 daripadanya mencatatkan kenaikan aset berbanding tahun lepas.
Ingin tahu siapakah dalam senarai 10 terkaya di Malaysia? Berikut kami paparkan siapakah yang menerajui carta terunggul ini berserta profil ringkas mereka.

#1. Robert Kuok Hock Nien

robert-kuok
  • Dilahirkan pada 6 Oktober 1923 di Johor Bahru.
  • Merupakan pemilik syarikat Kerry Group/Kuok Group.
  • Mencatatkan peningkatan aset sebanyak 0.88% berbanding tahun lepas.
  • Jumlah aset terkini : RM46.1 Bilion

#2. T. Ananda Krishnan

ananda-krishnan
  • Dilahirkan pada tahun 1938 di Brickfields, Kuala Lumpur.
  • Merupakan Pengerusi & CEO Usaha Tegas Group Holdings Bhd.
  • Mencatatkan penurunan aset terbesar iaitu sebanyak 23.5% berbanding tahun lepas.
  • Jumlah aset terkini : RM32.90 Bilion

#3. Tan Sri Teh Hong Piow

TEH
  • Dilahirkan di Singapura pada 14 Mac 1930.
  • Merupakan Pengerusi Public Bank Berhad.
  • Mencatatkan peningkatan aset sebanyak 8.62% berbanding tahun lepas.
  • Jumlah aset terkini: RM13.73 Bilion

#4. Tan Sri Quek Leng Chan

quek-leng-chan
  • Dilahirkan pada tahun 1941 di Singapura.
  • Merupakan Pengerusi Hong Leong Group.
  • Mencatatkan peningkatan aset terbesar sebanyak 38.63% berbanding tahun lepas.
  • Naik 2 anak tangga berbanding tahun 2012.
  • Jumlah aset terkini: RM11.09 Bilion

#5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

SYED
  • Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1952.
  • Merupakan pengasas Al-Bukhary Foundation
  • Mencatatkan peningkatan aset sebanyak 11.23% berbanding tahun lepas.
  • Jumlah aset terkini: RM10.60 Bilion

#6. Tan Sri Lee Shin Cheng

LEE
  • Dilahirkan pada tahun 1929 dan membesar Kuala Lumpur.
  • Merupakan Pengerusi Eksekutif IOI Group.
  • Mencatatkan penurunan aset sebanyak 7.04% berbanding tahun lepas.
  • Turun 2 anak tangga berbanding tahun 2012.
  • Jumlah aset terkini: RM10.56 Bilion

#7. Tan Sri Lim Kok Thay

9163
  • Dilahirkan pada tahun 1951, merupakan anak kedua mediang Tan Sri Lim Goh Tong.
  • Merupakan Pengerusi Genting Group.
  • Mencatatkan kenaikan aset sebanyak 7.12% berbanding tahun lepas.
  • Jumlah aset terkini: RM8.12 Bilion

#8. Puan Sri Lee Kim Hua

lee-kim-hua
  • Dilahirkan pada tahun 1918 di China , merupakan balu kepada mediang Tan Sri Lim Goh Tong.
  • Merupakan pemilik Genting Group.
  • Mencatatkan kenaikan aset sebanyak 10.03% berbanding tahun lepas.
  • Jumlah aset terkini: RM7.24 Bilion

#9. Tan Sri Tiong Hiew King

tiong-hiew-king
  • Dilahirkan pada tahun 1935 di Sibu, Sarawak.
  • Merupakan Pengerusi Eksekutif Rimbunan Hijau Group.
  • Mencatatkan penurunan aset sebanyak 0.94% berbanding tahun lepas.
  • Jumlah aset terkini: RM6.35 Bilion

#10. Ong Beng Seng

ONG
  • Dilahirkan di Sabah pada tahun 1944.
  • Merupakan Pengasas Bersama & Pengarah Urusan Hotel Properties Ltd.
  • Mencatatkan penurunan aset sebanyak 18.29% berbanding tahun lepas.
  • Jumlah aset terkini: RM4.02 Bilion

Kebangkitan Usahawan Melayu

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary masih lagi merupakan satu-satunya usahawan Melayu yang mampu menempatkan diri dalam senarai 10 terkaya di Malaysia ini. Walaupun begitu, 4 orang usahawan Melayu ini turut berjaya mencatatkan nama mereka dalam senarai 20 terkaya di Malaysia.
  • Tan Sri Azman Hashim -Arab Malaysian Corp – RM3.84 Billion (Tempat ke-11)
  • Datuk Mokhzani Mahathir – Sapura Kenchana – RM2.67 Billion (Tempat ke-13)
  • Datuk Shahril Shamsuddin – Sapura Group – RM1.64 Billion (Tempat ke-19)
  • Datuk Shahriman Shamsuddin – Sapura Group – RM1.64 Billion (Tempat ke-20)
Menurut BERNAMA lagi, menjelang 2015 nanti, jumlah individu terkaya akan bertambah lebih sekali ganda dari 32,000 orang kepada 68,000 orang. Jumlah nilai bersih masing-masing juga dijangka meningkat sebanyak RM434 bilion sehingga RM 1.023 Trilion pada tahun 2015 nanti.

Source: KAT SINI